26 Ogos 2011

Menanti Hari Raya.

Alhamdulillah...

Allah amat Pemurah kepada hamba2nya. Adakah kita mensyukuri nikmatnya.

Kembali ke kampung halaman dengan pelbagai kejutan. Walaupun aku pulang ke kampung lebih awal, tetap kerja menanti. Waaahh...tak sabar berkumpul bersama-sama adik beradik dan keluarga. Lama tak bersua muka. Masing-masing mempunyai komitmen.

Abang...Apa yang kau dah buat? Jangan libatkan aku dalam hal korang berdua. Aku hanya mendengar luahannya bukan bermakna aku tahu segala-galanya. Setiap yang aku dengar tidak semestinya aku percaya 100%. Dalam semua keadaan, aku akan tetap berhati-hati.

Moga pintu hidayah korang masih terbuka dalam fatrah bulan ramadhan terakhir ini. Bukan senang untuk mendapat kelebihan melalui bulan ramadhan ini. Adakah tahun depan kita masih sempat berjumpa? Siapa boleh jamin dia akan dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang???Hanya Allah yang tahu...

Allah yang memberi cuti rehat kepadaku. Bukan manusia...Aku redha dengan ketentuannya.

Siapa yang lebih tinggi kuasanya selain daripada Allah? Moga keinsafan menjadikan kita lebih tabah menghadapi liku-liku dan onak duri dalam perjalanan ke destinasi pilihan kita.

Ramadhan berbaki 3 hari lagi. Tapi ramai yang masih alpa dengan perayaan Aidil Fitri. Aku suka dengan suasana bumi arab, Mesir. Walaupun sudah 4 tahun aku meninggalkan bumi itu, kenangan tetap kemas dalam lipatan memori. Ada yang mengatakan ini hasil meminum air sungai Nil. Yang pasti sambutan Ramadhan lebih meriah berbanding sambutan Aidil Fitri. Masing merebut 10 malam terakhir. Menangis dalam doa qunut. Aku tenggelam sama dalam suasana syahdu itu.

Adakah aku masih berpeluang ke sana?

Ini aku nak kongsi suasana berterawih di Iskandariah, Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...