23 Ogos 2011

Ya Ukhta Harunnn...

Minggu ni semangat mengajarku sudah kurang. Kenapa yea??? Asal nak balik kampung awal tak jadi kerana aku kena hadiri taklimat kursus induksi. Orang lain dah boleh balik kampung tapi aku kena 'study' untuk buat assigment.huhuhu

Keluarga dah tanya bila nak balik...Kawan-kawan dah tulis status di fb yang mengira saat balik kampung. Lagu raya dan balik kampung dah berkumandang. Tiada dibincangkan kelebihan 10 malam terakhir. Yang ada bincang nak buat kueh raya, biskut raya, baju raya, langsir baru dan bla-bla lagi.

Dah lama tak balik kampung ni. Macam duduk diperantauan sahaja. Bukan aku tak pernah rasa tak balik kampung dan beraya diperantauan. Hampir 3tahun aku tak balik kampung dan beraya diperantauan. Itu semasa belajar. Nak balik pun guna kos yang tinggi.

Disebabkan hatiku tidak tenteram, aku membelek tafsir al-Quran yang ditulis oleh Pak HAMKA. Bukan si HAMKA si kereta mayat yea.hehehe...

يَا أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا [١٩:٢٨]
" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" 

Kisah Maryam dalam surah Maryam. Dari dulu aku terfikir tentang ayat al-Quran yang menyebut "Ya Ukhta Harun" kepada Ibu Nabi Isa alaihissalamm...Jika dilihat jarak hidup Nabi Harun saudara Nabi Musa dengan zaman Maryam dan Nabi Isa adalah jauh. Mustahil Maryam adalah saudara kepada Nabi Harun kan...

Ini diceritaka oleh sahabat Nabi Mughirah bin syu'bah. Orang yang beragama apa pun di dunia ini suka menamakan nama-nama Nabi kepada anak mereka. Supaya anak mereka menjadi seorang yang soleh di mata mereka. penyejuk mata senang cerita.

Menurut penafsiran daripada Qatadah...ada seorang abid yang hidup sezaman dengan Maryam. Beliau mengorbankan diri dengan mengabdikan diri di rumah Allah. Namanya adalah Harun. Disebabkan Maryam juga dinazarkan oleh ibunya supaya anak perempuannya mengabdikan diri kepada Allah seperti mana yang dilakukan oleh Harun. jadi dia dipanggil saudara Harunn.

Jadi persoalan aku selama ini sudah terjawab sedikit. Alhamdulillah....

Kemudian perkataan 'Baghiyya' bermaksud perempuan jahat. Menurut Pak HAMKA, 'Baghiyya' ini adalah perempuan yang menjual kehormatan diri. Dan ini menegaskan bahawa ibu kepada Maryam dan isteri kepada Imran adalah seorang perempuan yang soleh. Bukan perempuan yang menjual kehormatan diri dengan melacurkan diri.


Ini adalah ujian besar Maryam dalam mempertahankan kesuciannya apabila dia membawa balik zuriatnya, Isa Ibnu Maryam. Di kepala kaumnya mesti bertanya tentang siapa bapa budak ini dan sebagainya. Sebab itu, Siti Maryam ini bernazar todak akan bercakap dengan mereka sambil menunjukkan kepada Isa. Akhirnya dengan kuasa Allah, Isa boleh bercakap walaupun masih bayiii.

***3 bayi yang boleh bercakap ketika masih dalam buaian (kecil).

  1. Anak kepada penzina yang menuduh Juraij adalah bapa kepada bayi itu. bayi ini membersihkan nama Juraij dan mengatakan pengembala kambing yang meniduri ibunya sehingga dia dia dilahirkan.
  2. Bayi dalam dukungan ibunya semasa ibunya ragu-ragu untuk terjun ke dalam api. Kisah Ashabul Ukhdud.
  3. Nabi Isa a.s sendiri yang membersihkan tuduhan ibunya, Maryam adalah perempuan suci.

Wallahu a'lammm...

Cukup lah setakat ini dulu perkongsianku atau notaku untuk hari ini.

Selamat berpuasa dan selamat meneruskan pencarian malam yang menyamai 1000 bulan. Moga semua permintaan dimakbulkan Allah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...