29 September 2011

Induksi di Melaka.

Alhamdulillah...

KISSM dah selesai dilaksanakan walaupun dikatakan orang yang tertinggal. Akhir induksi, peperiksaan diadakan secara objektif (40 soalan= 40 minit) dan essei ada dua bahagian-jawab 2 soalan dari 4 soalan  selama 2 jam setengah.

Lima slot ceramah yang diberikan. Ada juga kadang-kadang mengantuk dengar ceramah ni. Apatah lagi tempat dudukku di belakang dewan. huhuhu...3 hari 2 malam.



Ada dalam satu ceramah tu mengatakan kebanyakan guru sekarang mengajar bukan mendidik. Mengajar dan mendidik mempunyai maksud yang tidak sama.

Mengajar adalah masuk kelas+ ajar+habis masa keluar kelas= pelajar bijak dalam akademik tapi akhlak hancur!

Mendidik pula maksudnya menjadikan pelajar-pelajar ini menjadi 'insan'. Mereka bijak dalam akademik bahkan akhlak juga baik. Penuh dengan nilai-nilai murni. Sebab itu pelajar sekarang kurang adab sebab guru mengajar bukan mendidik.

Berputar-putar otak aku memproses data ni. Alhamdulillah..aku masih boleh berfikir dengan waras.

Kebanyakan guru menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan barah. Sakit jiwa pun ramaiii. Nauzubillah min zalik....

Kerjaya yang paling dipercayai oleh orang ramai adalah doktor. Yang menduduki tanggal ke-2 adalah guru. Yang paling tidak dipercayai adalah ahli politikkkk...ini menurut kajian yea.

Setakat ini sahaja dulu yea ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...