24 September 2011

Pemantapan Aqidah.

Sebut je perkataan 'pemantapan aqidah' ni mesti sinonim dengan pemulihan aqidah. Tak cukup mantap lagi ke aqidah aku? hehehe...Kena hantar 'training'. Kawasannya memang jauh daripada penempatan biasa. Di situ la terdapat pusat pemulihan dadah. Di kawasan tu juga ada penjara. Seram juga sih.

Selama 2 hari di sana, aku didedahkan dengan ceramah-ceramah berkaitan dengan kami guru-guru baru untuk menghadapi realiti pelajar sekarang. Profesion yang paling mencabar di abad ini. Profesion yang berhadapan dengan risiko sakit jiwa. Cool beb!

Apa yang aku nak kongsi yea???

"banyak memberi daripada menerima"

Istilah ini menjadi tema saifulislam.com. Aku setuju dengan cara ini. Kita tak harapkan ucapan terima kasih tapi kita perlu berterima kasih kepad orang lain. Kita redha apa yang terjadi ke atas diri dan ia adalah ujian daripada Allah.

Kita tidak mengharapkan perubahan secara drastik tetapi perubahan sedikit adalah lebih baik. Kita perlu bersyukur dalam ramai-ramai pelajar ada seorang sahaja pelajar yang ikut arahan kita. Nabi berdakwah selama 23 tahun. Apatah lagi kita manusia biasa...

'Cakap serupa bikin'

Istilah menggambarkan kita buat atau tidak apa yang kita kata. itulah yang akan dilihat oleh orang yang mendengar ucapan kita.

Jika kita melarang pelajar merokok, adakah kita perlu merokok dihadapan mereka?
Jika kita larang mereka curi masa, adakah kita mencuri masa orang lain?

Kita banyak berhutang dengan pelajar, jika kita lambat masuk ke kelas. Tuntutan ini akan diminta di akhirat kelak. Kita makan duit pelajar, termasuk keluarga kita...adakah daging yang tumbuh dari badan kita itu halal???

Adakah gaji kita halal...jika kita hanya tidur dan tidak membuat kerja yang sepatutnya mengikut tugas kita sendiri. Ingatlah...hasil kerja itu akan menjadi barah dalam diri kita. Mungkin kita tidak diberi pembalasan sekarang tapi di hari pengadilan nanti tiada siapa yang akan menolong kita???

Duit biasiswa...jika digunakan untuk kepentingan peribadi bukan untuk belajar. Adakah duit itu berkat. Ilmu ada perasaan. Jika kita tidak suka ilmu, ilmu akan lari meninggalkan kita. Keberkatan tiada. Ilmu daripada Allah. Jika kita tidak ikut arahan Allah dan Rasul, adakah keberkatan ada?

Besarnya tanggungjawab kita selaku pemimpin dan khalifah Allah di muka bumi. Makhluk lain tak mampu memikulnya tapi manusia dengan sombongnya sanggup memikul tanggungjawab ini. SEEE...


Bila ketua sektor sebut pasal pelajar minta kebenaran untuk kahwin kerana sudah terlanjur. Daripada mereka terus berzina, JPN benarkan. Tiada undang-undang melarang mereka dihalang datang ke sekolah. Masa itu juga, jiwaku tidak tenteram. Terasa itu pelajarku!

Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka. Permudahkanlah urusan mereka melalui bahtera rumahtangga di alam belajar. Moga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...