20 September 2011

Pukul 2 pagi...

Seperti perjalanan balik kampung...
Dari petang hingga 2 pagi...

Adakah ujian untukku supaya bersabar dengan feel manusia yang pelbagai ini?
Aku bukan orang yang penyabar.
Sabarku ada hadnya.

Daripada ramai orang hingga suasana lengang di sekitar KLIA.
Dengar si askar yang berulang kali melihat kami.
Di mana dia???

Satu balai berlepas kami pusing tapi tak dapat dijumpai.
Akhirnya keputusan dibuat...
Balik ke rumah!

Kelibatnya muncul dengan berpakaian serba hitam dan berpurdah.
Nak marah..tapi tak jadi dek kerna air matamu.huhuhu

Si puteri..pergi teman untuk beli tiket ke negerinya
Tapi dimarahi...tak bagi kerjasama.
Apakan daya...dirimu masih sakit.
Takkan nak balik naik bas???

Ya. Kami bukan ingin mengambil kesempatan.
Hanya ingin menolong.
Tapi andai kamu degil...

Apa akan jadi padamu di KLIA seorang diri hingga keesokan hari?

Andai kau adalah lelaki, takku kisah...
Tapi dirimu perempuan yang menjaga hijab.
Kami sayang kamu kerana kamu masih menjaga suruhan Allah.

Kami hantar dirimu ke bahagian kecemasan...
Kerana tangisan dan kesakitanmu.

Kita semua penat, tapi tolong jangan degil!

Akhirnya kau mengalah kepada kaunselor yang tak bertauliah, si puteri.
Aku tak mampu memujuk.
Sebab aku kurang sabar dengan kebisuanmu.

Alhamdulillah...
Kau sanggup mengikut kami.
Walaupun kami tidak dikenali.
Kau dah boleh berbual dengan kami.

Pagi tadi.
Aku gembira kamu lena di rumahku.
Itu sahaja aku mampu lakukan.

Moga tugasku hari ini dapat dilaksanakan.
Walaupun mata dah mengantuk.
Esok aku harus hadir ke kursus selama 2 hari.
Moga pengalaman ini memberi pengajaran kepadaku.


Jika aku di tempatnya...
Adakah aku sanggup ikut orang yang tidak dikenali?

Jika aku ditempatnya...
Masih adakah orang yang sanggup menolongku?

Hanya kepada Allah kita berserah.
Moga Allah menghantar kita penolong dari pelbagai penjuru.
Insya Allah ^_^

2 ulasan:

  1. Pertolongan Allah itu di mana2. Moga Allah pmdahkn segala urusan kita. ^_^

    BalasPadam
  2. Innallaha maa na...

    Jika kita tolong orang lain, insya Allah akan ada orang lain yang akan menolong kita...Aminnn =)

    Syukran Yhe...

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...