21 Oktober 2011

Jawi & Kem Bestari.

PMR sudah...
Peperiksaan akhir tahun sudah....
Apa pengisian untuk semua pelajar ni?

Hari rabu buat program Cerdik Jawi.
Ada pelajar yang masih tak tau membaca Jawi.
Sekurang-kurangnya dia dapat membaca beberapa patah perkataan mudah.

Daripada respon beberapa orang pelajar, mereka gembira dengan program ini. Walaupun sakit mata tengok perkataan2 jawi, mereka berusaha menyelesaikan tugasan. Tahniah adik2ku =)

Ada yang tak hadir ke sekolah.
Bekerja untuk menyara anak isteri.
Atau nak beli susu anak ke? huhuhu

Hari ini semangat nak buat kem bestari solat. Tapi ada perjumpaan tergempar. Solat tak penting ke? Padahal ada pelajar yang masih terkapai-kapai untuk belajar tentang wudu' dan solat secara amali. Semangatku dah menurun sehingga rakanku hampir membatalkan terus kem bestari solat. Program tadi dapat diteruskan dengan melantik guru-guru muda di kalangan mereka sendiri. Entah la...aku tak tau program tadi mencapai matlamat atau tidak.

Dalam perjumpaan tadi semua kakitangan dipanggil. Nama aku juga naik dalam perjumpaan tu. Waaahhh...hangat ni. Apa aku buat? Takkan pasal tak pandai berkomunikasi. Intonasi aku terlalu keras ke?
Aku mengaku la kalau aku ni antara orang yang kasar. Tapi bagitau la detail sikit. Ni bagitau macam ada 'sesuatu' yang masih tersembunyi tapi masih berlapik. Aku tak kisah kalau nak tegur aku pun. Aku boleh terima. Aku pun masih belajar menyesuaikan diri dengan alam belajar dan alam bekerja.

Bagi aku...kalau nak orang hormat kita...perlu tunjuk tauladan yang baik.

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Apa salahnya pemimpin turun padang SINI? pelajar lagi hormat jika imamnya adalah pengetua kan.hehehe...

Bagi seseorang itu mampu memimpin solat (lelaki la) dia memang mampu menjadi pemimpin yang baik. Ada sesiapa sokong aku???


'pinjam gambar dari google jap.hehehe'

Ya Allah, jika seseorang itu membaca entri aku ini, aku harap dia berfikiran positif. Aku bukan nak melawannya tapi aku nak semuanya ingat Allah Maha Berkuasa.

Jika kita buat kepada orang lain,
mungkin suatu hari nanti orang akan buat perkara yang sama kepada kita.
Kerja Allah tiada siapa yang tau kan.

Dunia dah berubah.
Sakit memegang amanah.
Amanah inilah yang selalu kita abaikan.
Muhasabah untuk diriku sendiri ='(

2 ulasan:

  1. banyak bersabar ye..saya pernah lalaui saat cam tu. kepimpinan melalui tauladan tak seidah rupe..zaman sekarang lebih tertarik pada wang ringgit dan kedududkan. amanah yang dipikul buat endah tak endah je. hidup umpama roda. hari ini kita di atas tak bermakna kita akan berada di atas selamanya. Allah Maha Mengetahui..jangan terlalu bongkak dengan apa yang kita ada sekarang..;)

    BalasPadam
  2. Terima kasih 'senyuman manis'.
    Sentiasa ingat dengan kehidupan kita seperti roda. Hidup kita selepas ini hanya Allah yang tahu. Sombong tidak akan bawa faedah kepada kita :)

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...