06 Oktober 2011

Mak Ayah Pergi Haji 2011

Aku tak tau nak mula dari mana pasal balik kampung kali ni.hehehe... sedih ke? Ade la jugak....

Pasti ada yang tertanya sebab apa dengan kampung? Sedih? Ramai betul orang prihatin sekarang kan. Aku ni tulis macam diari je. Untuk di baca semula. Muhasabah diri mungkin. hahaha...

2 pagi...

Aku baru sampai ke rumah. Alhamdulillah ada orang sudi drive dari KL-KT. Kaki pun tak la jem krenggg...

Pukul 7 pagi, kami dah bertolak ke lapangan terbang Sultan Mahmud. Zahmah (sesak) dah dengan jemaah haji dari Kelantan, Terengganu & Pahang. Berjalan macam kura-kura. Training pergi haji. hehehe...

Tahun ini mak dan ayahku berpeluang menunaikan haji ke Mekah. Aku nak pergi juga tapi tak berpeluang. Rayuanku tidak diterima. Allah masih tak jemput aku ke sana lagi. Insya Allah tahun akan datang... aku berpeluang pergi ke sana.

Kami semua adik beradik berkumpul kecuali adik yang masih belajar di 'Bumi Anbiya'. Bestnyer berkumpul ramai-ramai walaupun seketika. Kakak iparku yang dah sarat mengandung pun sanggup datang. Tapi hari ini dah dimasukkan ke wad bersalin. Moga dipermudahkan dia bersalin. Aminnn...

Malas nak layan sedih2 ni. Tapi yang paling sedih dua budak kecik kat rumah tu. Asyik kena tinggal je. Sekarang adikku kat UNISZA berulang alik ke rumah. Pengganti mak dan ayah Alhamdulillah...jiran2 ada boleh tengokkan budak dua orang ni.


'Usrati...tapi masih tak cukup'

'wajah keletihan...xcukup tidur'

'Mak & Che Ngah'

Doakan mak ayah kami selamat pergi dan pulang dari menunaikan haji.

Aku kembali bertugas semula dalam keadaan lesu kerana mengantuk. 5 jam memandu memang letih. 4 pagi sampai ke rumah. Alhamdulillah, Allah masih menyelamatkan aku walaupun melalui jalan yang agak gelap seorang diri.

Habiskan Surah Kahfi dulu sebelum tidur ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...