Hari selasa 4/10/2011...
Hari yang paling menakutkan bagi pelajar tingkatan 3. Itu pun jika mereka nak dapat 9A dalam PMR. Kalau yang rasa lulus cukup makan, mereka anggap peperiksaan adalah perkara biasa dan perkara rutin bila berada di tingkatan 3.
Curahkan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sejak di tingkatan 1 lagi. 3 Tahun belajar tapi jawab exam seminggu sahaja. Inilah penilaian yang dibuat sama ada pelajar dapat belajar dengan baik atau tidak semenjak 3 tahun.
Ada juga pelajar yang demam sejak akhir-akhir ini. Jaga kesihatan anda supaya fikiran anda dapat difokuskan semasa menjawab soalan. Mulakan dengan bacaan Basmallah (Surah Al-Fatihah). Jika terasa gabra bacalah surah Al-Insyirah (alam nasyrah...) atau doa Nabi Musa (رب اشرح لى صدري ويسر لى أمر وحلل عقدة من لسانى يفقه قولى)...
Dekatkan diri kepada Allah. Insya Allah doa akan dikabulkan. Sesuatu yang Allah larang...jauhkan supaya keberkatan berkekalan hingga bertemu denganNya pada masa akan datang.
Bersarapan lah sebelum datang ke sekolah. Jika ada kesempatan solat lah dhuha & hajat dan membaca Al-Quran. Moga diri tenang dan mendapat pertolongan daripada Allah.
04/10/2011 (SELASA) = 8.10-9.10 pagi : BM (kertas 1)...9.20 -11.50 pagi : BM (kertas 2)...2.30-4.30 petang : Pendidikan Islam.
05/10/2011 (RABU) = 8.10-9.10 pagi : BI (kertas 1)...9.50-11.20 pagi : BI (kertas 2)...2.30- 3.45 petang : Geografi.
06/10/2011 (KHAMIS) = 8.10-9.10 pagi : SN (kertas 1)...10.30- 12.00 tengahari : SN (kertas 2)...2.30 - 3.45 petang : Sejarah.
Jumaat tiada peperiksaan sambung hari Isnin pulakk...
10/10/2011 (ISNIN) = 8.10-9.25 pagi : Mathematics (kertas 1)...10.40- 12.25 tengahari : Mathematics (kertas 2) ...2.20-3.50 petang : KHB.
11/10/2011 (SELASA) = 8.10-10.40 pagi : Bahasa Arab.
Jadual waktu PMR 2011 DI SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin
Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Dalam Islam banyak cabang ilmu yang masih kita abaikan. Ada yang menyangka dirinya sudah mengetahui ilmu agama. Bila sebut masalah sosial, ...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan