18 Oktober 2011

Tanda Kertas.

Hampir selesai menanda kertas PI. Terbantut nak menanda bila jawapannya mengarut. Tak ikut kehendak soalan. Macam tak pernah di ajar. Aku lah yang salah tu.huhuhu

"Maksud jiran ialah 40 buah rumah..."

Jiran tu rumah ke? orang tak sekolah pun tau. Jiran adalah mereka yang tinggal berdekatan dengan kita. Islam menetapkan jumlah jiran sejauh 40 buah rumah sama ada kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang.

"Keistimewaan malaikat adalah mempunyai wahyu dan mempunyai badan yang besar."

Korang nampak ke malaikat tu??? huhuhu...sadis betul laaa. Tok guru mana yang ajar ni? ke banyak tengok cerita hantu? atau komik? atau selalu main game. waaaa... Malaikat menyampaikan wahyu. Bukan ada wahyu.huhuhu...

Ada juga yang buat..

"Keistimewaan malaikat dapat melihat wajah Allah dan dapat hafal Al-Quran dengan cepat"

Keistimewaan malaikat antaranya...
1. Mempunyai sayap
2. Diciptakan daripada cahaya...ada jugak tulis yang diperbuat. Kl aku pentingkan bahasa dah kne tolak markah ni...
3. Diciptakan berbeza dengan manusia.
4. Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

Bila diminta menceritakan secara ringkas riwayat hidup Saidina Umar Al-Khattab...korang tulis...

"ia seorang pemuda yang baik hati..."

Aduhhhai anak2 Islam.

Sahabat nabi tak kenal. Berbuih mulut ni cerita kisahnya. satu pun tak melekat? Artis Malaysia ni korang kenal...sampai nama tempat dia buat konsert pun korang tau. Artis ni dari AF ke berapa pun korang tau. Kalau ini la cara korang...memang sah korang tak faham sejarah Malaysia.huhuhu

Ada yang buat...

"Seorang pemuda yang baik hati"

"Saidina umar dilahirkan di Adi"...

Padahal Saidina Umar berketurunan Adi dari Bangsa Quraisy. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau merupakan khalifah ke-2 dari Khulafa' Ar-Rasyidin selepas pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau digelar al-Faruq bermaksud pemisah antara hak dan batil. Beliau meninggal dunia ketika berusia 63 tahun. Beliau dibunuh oleh hamba yang berbangsa Parsi, Fairuz atau dikenali dengan nama Abu Lu'lu'ah.

Dalam bab Solat Jama' dan Qasar...

"Maksud jama' ta'khir ialah orang yang baru masuk Islam"

Orang yang baru masuk Islam dipanggil Muallaf!

Apa maksud jama' ta'khir sebenarnya?

Solat Jama' ta'khir adalah menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua, iaitu menunaikan solat zuhur dengan asar dlam waktu asar atau menunaikan solat maghrib dengan isya' dalam waktu isya'.

Syarat solat jama' ta'khir.
1. Berniat akan melakukan jama'ta'khir semasa dalam waktu kedua (zohor /maghrib)
2. Masih dalam perjalanan hingga kedua-dua solat selesai dilaksanankan.

Siapa golongan yang wajib qada' dan fidyah?

1. perempuan mengandung yang bimbang keselamatan diri dan kandungannya.

2. perempuan yang menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan diri dan anaknya.

3. perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anak yang bimbang kesihatan anaknya.

4. Orang yang lewat mengqada'kan puasa hingga melepasi bulan Ramadhan berikutnya.

Siapa golongan yang HARUS berbuka puasa?

1. Orang tua yang tidak berdaya puasa.

2. orang sakit yang memudharatkan jika terus berpuasa.

3. Orang yang sakit tenat yang tiada harapan sembuh.

4. Orang musafir dengan tujuan baik melebihi 2 marhalah (91/ 100 km SINI).

5.Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari.

6. Orang yang tersangat lapar dan dahaga hingga membahayakan kesihatan diri jika diteruskan puasa.

7. Perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anak yang bimbang kesihatan anaknya.

8. Perempuan yang menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan diri dan anaknya

Huhuhu...

Aku tak sanggup nak sebut lagi. Malu...tapi ini lah realiti anak muridku. Aku tak berjaya tarik minat mereka.

Cuba baca karangan dalam gambar ini

'Jumpa cikgu!'

2 ulasan:

  1. budak2 zaman sekarang mmg pandang remeh subjk PI..padahal yg tu la akan membantu diorg nnt..ni x masuk surah hafalan lagi..mesti lagi hancuss..
    emmm karangan tu pulak mmg menggelikan hati..sah2 la pengaruh cter hantu..nampak sgt gemar tgk cter antu..failed la karangan cam tu..pergi la jumpa cikgu tu wahai aik yg buat karangan tu..sadisss..

    BalasPadam
  2. Jangan salah faham 'Tanpa Nama'.

    Gambar tu untuk hiasan shj. Contoh pengaruh 'hantu' memang menular dalam kepala pelajar. Pengaruh media elektronik terlalu banyak. Tak tau nak bezakan realiti dan fantasi.

    Memang sadis.huhuhu

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...