10 November 2011

Adik.

Adik,
Dirimu umpama sinar hidup bagiku,
Kaulah gambaran silamku,
Semasa diriku sebaya denganmu,
Meniti hari melihat dunia.

Adik,
Tidak tergambar kasih sayangku padamu,
Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kataku,
Tidak dapat kau bayangkan,
Kerna itu kurnian Allah kepadaku.

Adik,
Waspadalah dengan permainan dunia,
Waspadalah dengan musuh-musuh Islam.
Mereka akan terus mencari kelemahan kita,
Mereka terus mencuba menjatuhkan kita.

Adik,
Kalau kita kejar dunia,
Dunia akan lari,
Jika kita kejar akhirat,
Kedua-duanya kita akan dapat.

Adik,
Berusahalah mengejar akhirat,
Supaya kita tidak gilakan dunia,
Berusahalah menggali ilmu,
Kita dapat menganal Tuhan.

Adik,
Cintakan Allah,
Kita tidak akan sia-sia,
Bila kita cintakan manusia,
Manusia akan mati,
Cinta Allah itulah yang kekal abadi.

Ketahuilah adikku,
Ada dua golongan yang akan tamak,
Penuntut ilmu dan orang kaya,
Jadilah penuntut ilmu yang tamak,
Semakin hari, semakin banyak yang tidak diketahui,
Jangan jadi orang kaya yang tamak,
Kerna semakin hari, semakin kedekut.

Salam Perjuangan Adikku!


p/s: Aku sempat membaca catatanku semasa di perantauan tahun 2007. Jadi aku 'post'kan entri ini untuk tatapan pembaca. Aku dah edit...ini lah hasilnya dari insan yang masih merangkak mencoretkan idea di sini.

2 ulasan:

  1. ok dah tu..pernah bace dah entry ni. terase cam seseorang tujukan khas buat saya.hehehe..;)

    BalasPadam
  2. Semua ni untuk insan yang pernah menjadi adik. Terima kasih atas sokongan Hidayah ^_^

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...