"Kau tak sama dengan diorang. Kau cepat sedar," ujar seorang kawanku.
"Yup...tapi mereka boleh masih boleh berubah," jawabku.
Aku bukanlah seorang yang pintar. Aku bukannya seorang yang cepat memahami sesuatu pelajaran. Aku juga seorang yang tidak suka dipaksa ke sekolah. Aku seperti kanak-kanak yang lain. Inginkan keseronokan. Tidak peduli dengan sekolah. Tidak kisah dengan buku-buku yang bertimbun dihadapanku. Tidak kisah mendengar bebelan ibuku.
"Mak dulu...nak pergi sekolah kena kerja tolong orang kat sawah. Dapat seposen dah gembira sangat. Sebab esok dapat pergi sekolah," terdengar cerita ibuku tentang kisah kesusahannya dahulu.
"Tokki (gelaran bagi datuk) tak bagi pergi sekolah sebab katanya perempuan akan duduk di dapur juga nanti," aku setia mendengar cerita ibuku.
"Mak pergi sekolah...nak beli buku tak boleh. Dulu buku teks kena beli sendiri. Mak pinjam dengan kawan. Waktu malam, mak baca guna pelita. Mak kena baca sampai habis sebab esok atau lusa nak kena hantar,"aku sedikit teruja dengan kegigihan ibuku untuk mendapat sesuatu ilmu.
"Balik dari sekolah mak kena tolong moyang kau buat kueh. Tolong jual. Baru dapat upah untuk pergi sekolah ke esokan hari. Kalau tak dapat upah tak boleh bayar tambah bas dan motor bot," cerita itu terkesan kepadaku hingga kini.
Walaupun aku sudah bekerja, kecintaan kepada ilmu masih ada. Aku masih bergelumang dengan buku-buku yang kaku di perpustakaan. Tugas sebagai guru perpustakaan membuatkan aku berpeluang membaca dan mengenali buku yang menarik atau tidak. Buku ilmiah atau fiksyen. Penulis buku juga aku dapat kenali menerusi gaya penulisannya. Ada yang berfakta. Ada yang berbentuk santai sambil bercerita. Semuanya ada kelebihan tersendiri.
Bila aku membaca, terasa banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui. Terasa aku perlu mencari lagi. Lagi dan lagi. Jika aku tidak faham, aku akan tanya kepada orang yang ahlinya. Kerdilnya diri ini. Luasnya ilmu Allah. Kenapa sejak dahulu aku tidak berusaha mencarinya?
Semasa berada di alam persekolahan. Aku pernah bersekolah di SMK. Selepas ayah bersusah payah berusaha supaya aku masuk ke sekolah agama...akhirnya aku dapat menempatkan diri di kelas pertama di sekolah agama itu. Aku begitu takut. Takut dengan pelajar pintar di kelas itu. Terasa diri ini yang paling bodoh dalam kelas itu.
Aku berusaha untuk kekal di kelas itu. Malangnya aku turun ke kelas ke-3 dari sembilan kelas. Untuk tahun ke seterusnya, aku berusaha lagi. Aku dapat meloloskan diri masuk ke kelas ke-2 dari sembilan kelas. Di tingkatan 4 aku tetap berada di kelas sastera ikhtisas penambahan subjek adalah addmath hingga tingkatan 5.
"Dalam ramai-ramai pelajar sekolah agama, berapa orang yang masih mengambil aliran agama selepas tingkatan 3. Dalam ramai-ramai pelajar dari aliran agama, mengambil bidang agama selepas SPM...,"antara nasihat ibuku bila aku bercadang keluar dari bidang agama.
"Mak dan ayah tak mampu ajar kamu. Cukup kami hantar dan juruskan anak-anak ke bidang agama. Kalau tak mampu beri untuk orang lain...sekurang-kurangnya mampu buat untuk diri sendiri,"
Alhamdulillah...kami masih mencintai ilmu agama.
Sekarang sudah ada adik-adik yang menjadi hafiz dan hafizah walaupun aku tidak termasuk dikalangan mereka. Moga mereka mampu menjaga Al-Quran dengan baik.
Gambar: pelajar kita tidak datang ke sekolah kerana ponteng tetapi bagi anak Palestin ini, mereka tidak hadir kerana syahid. Subhanallah! Palestine will be free!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
saya juga pecinta ilmu tak kira apa2 ilmu pon..sy jug berharap suatu hari nanti sy akan dipertemukan jodoh degan org yang cintakan ilmu..terutama ilmu agama..;)
BalasPadamAlhamdulillah...ramai yang mencari ilmu agama sekarang.Sehingga 'agama' pada seseorang dijadikan idaman hati. Moga Hidayah (senyuman manis) bertemu jodoh dengan pengamal ilmu agama bukan pada sijilnya.
BalasPadamTerus berusaha mencari dan terus menggali ilmu. Hasilnya dari tingkahlaku dan amalan kita. Insya Allah =)