"Jangan pilih pelajar macam tu je...nanti diorang trauma,"
"Mak ayah saya tak benarkan saya jadi 'jenazah',"
Sayangnya mak ayah pelajar aku ni. Belajar ala kadar. Ponteng sekolah. Semuanya mudah bagi dirinya. Tapi untuk menjadi model 'jenazah' susahnya.huhuhu...
Akhirnya menyerah diri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Suami isteri dijemput iaitu Ustaz syukri dan Ustazah Zuraidah dijemput oleh pihak sekolah untuk menjayakan program pengurusan jenazah. Semua pelajar terlibat dalam program ini. Daripada 94 orang pelajar, hanya 76 orang yang hadir. bukan senang pelajar nak hadir ke sekolah terutama pelajar tingkatan 3. Mereka dah melalui PMR dan akan keluar ke sekolah lain pula.
Slot pertama bermula dengan ceramah tentang hal-hal brekaitan dengan jenazah. Kemudian diikuti dengan praktikal menggunakan orang hidup bukan patung sebagaimana aku masuk kursus dahulu. 4 model utama. 2 model untuk mandi dan 2 model untuk kafan.
Pada mulanya aku bimbang ada pelajar yang tak tahan dengan bau kapur barus. Ada yang mata seperti masuk habuk.hehehe...
"Sape2 yang tak suka bau kapur barus, dia macam lipas. lipas yak suka bau ni. Biasa ada di kedai india. Mereka guna sangat benda ni," kata ustazah yang sempat aku kutip.
Aku tak tau la orang India buat apa dengan kapur barus ni...yang pasti untuk elakkan jenazah daripada berbau busuk. Cepat sangat berbau busuk kan. Sebab tu kena uruskan jenazah cepat2 hingga ke perkuburan.
"Tak perlu tunggu anak dari Amerika balik. Bukan boleh buat hidup si mati. Nak tengok dalam gambar dah ada," Itu kata ustaz yang aku copy. Jangan marah. Betul kan...
"Kalau jenazah tengah nazak, ajarlah dia mengucap,"
"Sebut la ila ha illallah...sunat tambah Muhammada rasulullah,"
Jangan buat macam ni...
"Mengucap mak...mengucap mak,"
Nak ucap apa yea...
"Mak...ikut saya. La ila ha illallah....," sambung ustaz.
Ustaz ni pandai buat lawak. Alhamdulillah....sebab aku ni tak pandai nak buat unsur2 humor ni.huhuhu
layan gambar ni yea...
'sebelum ustaz n ustazah datang'
'Ustaz bagi penerangan'
'Ustazah bagi taklimat sebelum potong kain kafan'
'muka ketakutan dengan bau kapur barus'
'model diukur dari ubun ke hujang kaki dan ditambah 2 hasta'
'keadaan selepas selesai urus kafan sebelum memandikan jenazah'
'senyuman jenazah'
'model jenazah lelaki'
Tahniah untuk semua pelajar yang hadir! memang rugi sesiapa yang ponteng...
Lain-lain gambar aku upload semula yea...
dang agi jenazah tu senyum..tp bgs la pelajar sporting sume..besar pengajaran n ilmu soal pengurusan jenazah ni..doh la fardi kifayah..
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamMereka adalah anak-anak syurga bagi kami.hehehe...
Fardu kifayah yang difahami sekarang orang lain buat kita tak payah buat. Sepatutnya kita yang buat, org lain lantak ko la. macamne pembaca sekalian???