31 Oktober 2011

Once Upon A Time In China

Blogwalking. Tinjau-tinjau blog orang lain...

Aku jumpa satu artikel ni. Aku nak kongsi dengan korang semua. Selama ni aku hanya syak orang-sorang je. Rupa-rupanya syak aku betul berdasarkan artikel ni.

Artikel ni ditulis oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM. Jadi aku olah sendiri la citer ni yea. Aku harap tak de orang nak marah kan. Ni kira sejarah yang disembunyikan la.


Watak Wong Fei Hung. Hero dalam filem "Once Upon A Time In China". Dalam filem ni, watak Wong Fei Hung dilakonkan semula oleh aktor terkenal Hong kong, Jet Li. Aku suka tengok aksi-aksi kungfunya yang lembut tapi bertenaga. Woha!

Siapa sebenarnya Wong Fei Hung ni?

Menurut Drs Khalil Idham Lim, Wong Fei Hung adalah seorang ulama' Islam, ahli perubatan dan lagenda ahli bela diri(kungfu) yang namanya ditetapkan sebagai Phlawan Nasional China oleh pemerintah China pada masa itu.

Namun pemerintah China pada masa itu mengaburkan identiti diri Wong Fei Hung sebagai seorang Muslim demi menjaga imej komunis China.

Wong Fei Hung lahir tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama 'Fei' merupakan dialek Canton. nama Arabnya disebut 'Fais'. 'Hung' dalam Bahasa Arab adalah 'Hussein'. Jika semua digabungkan dalam Bahasa Arab, namanya  ialah 'Faisal Hussein Wong.

Harus diingat...gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina Muslim di negara kita seketika dahulu, ie, kumpulan Hai San di Perak.

Bapanya, Wong Kay Ying adalah seorang ulama' dan tabib dalam ilmu perubatan tradisional serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu/ kungfu). Dia memiliki sebuah farmasi/ klinik dengan nama Po Chi Lam di Canton ibu kota Guandong.

Wong Kay Ying ini merupakan seorang ulama' yang menguasai ilmu wushu yang tinggi. Ketinggian ilmu ini membuatkan dirinya dikenali sebagai salah satu dari sepuluh Macan (harimau) Kwantung. Kedudukan ini diwariskan kepada Wong Fei Hung.

Gabungan ilmu perubatan tradisional dan teknik ilmu bela diri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebgai muslim  membuatkan keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang yang lemah dan tertindas pada masa itu.

Kerana ini lah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong kebanyakannya dari kalangan orang miskin yang tidak mampu menanggung kos perubatan. Keluarga Wong tidak pernah pilih bulu atau pilih kasih semasa membantu orang ramai tanpa melihat kepada suku, ras dan agama. Semuanya dibantu dengan ikhlas.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Chin yang perasuah dan penindas.Dinasti Chin adalah dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya.

Dinasti Yuan terkenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya ramai memeluk Islam.

Wong Fei Hong mengasah bakat dalam ilmu bela diri sejak berguru dengan Luk Ah-Choi juga merupakan guru bapanya. Luk Ah-Chi inilah yang kemudiannya mengajar jurus Hung Gar. Kemudian wong Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan amalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti chin pada 1734. Hung Hei Kwun adalah pemimpin perberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah chin dari Manchuria atau dikenali sebagai Korea sekarang. Jika pemerintah Chin tidak meminta bantuan ketenteraan dari bangsa asing (Rusia, Inggeris dan Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei Kwunakan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Chin.

Setelah berguru dengan Luk Ah- Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru dengan bapanya sendiri. seawal usia 20-an, dia telah menjadi ahli perubatan dan ahli bela diri terkemuka. Bahkan dia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan ilmu beladirinya semakin sukar dikalahkan. Ketika ini, dia berhasil mencipta jurus baru yang sangat berkesan. Ia diberi nama Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain mahir menggunakan tangan kosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan pelbagai senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Wong Fei Hung seorang diri menggunakan tongkat berjaya menewaskan lebih daripada 30 orang jaguh pelabuhan yang berbadan tegap dan kejam di Canton kerana membela rakyat miskin dari menjadi mangsa peras ugut.

Dalam kehidupan berkeluarga, Allah banyak mengujinya....

Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei Hung sudah 3 kali berkahwin kerana isteri-isterinya meninggal dunia dalam usia yang masih muda. 

Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup bersendirian sehingga bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Isterinya ini turut mengajar ilmu beladiri khusus untuk perempuan di tempat suaminya.

Pada tahun 1924, Wong Fei Hung meninggal dunia dalam usia 77 tahun.

Masyarakat cina Khususnya di Kwantung dan Canton mengingatinya sebagai pahlawan bela kaum Mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Dia tidak mengira siapa dan jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei Hung meninggal dengan nama harum yang membuat amal.Dia dikenali sebagai manusia yang hidup mulia iaitu salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati syahid.

Moga namanya dikenali sebagai seorang muslim agung di China.


SUMBER: khairytajudin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...