Cuti kali ni, aku jadi malas nak update blog. B.band kat rumah jalan macam siput...baru seminggu sebelum datang sini, aku sambung semula streamyx selepas di block beberapa bulan. Lepas tu beli modem baru. Belajar setting kat kedai komputer pulok. Tak abis aku explore mende alah ni. Kalau minat tak siapa boleh halang.hehehe..
Semalam keputusan PMR 2011 keluar.
Tahniah buat Nur Ikmaliah Atilah bt Rohaidi atas kejayaan anda mendapat 9A. Itu adalah usahanya dan Allah membalas dengan kejayaan. Rebutlah ilmu di mana sahaja anda berada. TAHNIAH!
Subjek BA aku macam mana? Kecewa?
Sejujurnya...memang aku kecewa. Kecewa dengan harapan mereka yang tinggi. Overconfident bagi aku menjerat diri sesiapa sahaja. Ini pengalaman aku semasa menjadi seorang pelajar. Jangan cakap besar.
A = 1 org , B = 2 orang, C = 7 orang, D = 9 orang dan selebihnya gagal. Calon hanya 32 orang tapi aku gagal lagi.
Tidak perlu meminta maaf dariku. Itu adalah usaha kamu semua. Aku hanya bertawakal kepada Allah selepas aku berusaha membimbing dan mengajar kalian.
Ada peningkatan berbanding natijah tahun-tahun lepas. Alhamdulillah...
Pujian tidak bermakna bagi aku. Selepas pujian, aku diberi lebih banyak tugas yang terpaksa aku tanggung. PSS aku tidak berjaya aku selesaikan...tahun 2012 aku ditambah tugas yang sudah tersedia banyak. Aku sahut cabaran untuk aku perbaiki diri dan menambah pengalaman. Think positif!!
Tadi aku telah menandatangani borang opsyen SBPA. Hatiku tidak bersetuju tetapi tanganku tetap tanda tangan juga. Siapalah aku ni...
Doakan aku tahan dengan cabaran 2012.
all da best murabbi
BalasPadamjgn bersedih n kecewa..2012 pasti byk cabaran dan hikmah menanti..optimis selalu..bahasa syurga x semua org minat nk belajar. bila dah dpt aura minat bahasa syurga tak menang tgn guru2 nak ajar..hehehe
BalasPadamInsya Allah en. shafiQ...akan diusahakan lagi.
BalasPadamHidayah : yup, mesti optimis dlm semua keadaan. semoga ada hikmat disebalik cabaran ni. Aminnn =)