31 Januari 2012

Buta Huruf Masuk PLKN.

Aku copy artikel yang menyebabkan salah seorang kawanku meradang dan kecewa terhadap para guru. Dia merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital di Malaysia ni. Tak perlu aku sebut nama. Cukup sekadar aku tulis semula luahan hatinya.

Artikel :Punca2 pelajar sekolah menengah buta huruf.

SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

*****
Aku yang baru berpengalaman mengajar 3 tahun bersetuju dengan artikel ni. Bila aku share di wall fb aku, terus Si Doktor ini chat denganku. Cukup aku copy semula segala luahannya untuk para pendidik.

"Awak mengajar sekolah mana?" tanya Si Doktor.

"Mengajar sekolah menengah agama. Kenapa? ada yang tak kena dengan artikel ni ke?" aku pelik selepas share artikel ni terus dia chat.

"Saya sedih la tengok ramai sangat yang buta huruf," luahan hati bila baca artikel tu.

"Masalah negara kita jugak tu," dalam kepala aku...guru-guru banyak bebanan. Pelajar tidak boleh dirotan dll. Jangkaanku salah pada tanggapan doktor ni.

"Bukan salah cikgu...otak diorang memang kurang akal. Awak, ni bukan masalah hukuman," terkejut aku...mmm, kalau bukan masalah hukuman...masalah ape yea?*senyumm*

"Sedih bila lambat detect. kalau detect awal, kita boleh kurangkan deficit," sambungnya lagi.

"Kalau boleh tolong sampaikan kat cikgu2 di luar sana. Unjurkan pesanan saya ni. kalau kelas2 belakang dan dapat nombor tercorot, usahakan untuk suggest ibu bapa untuk jumpa doktor untuk asses IQ," pesannya.

"Saya yang asses IQ budak-budak ni," sambungnya lagi.

"Pernah terjadi kat cikgu sekolah saya dulu. Dia cadangkan anaknya jumpa doktor. Bapa ni kata anaknya bukan OKU. Susah la nak bagi diorang jumpe doktor. Diorang malu kot," aku cuba terangkan keadaan guru.

"Diorang tak faham. Kalu macam tu cuba guna kuasa pengetua," kelu dah lidahku kalau guna kuasa pengetua. huhuhu

"Saya rasa berdosa sangat. Bila umur dah masuk remaja, tak boleh baca, menulis dengan zaman canggih dan  banyak kemudahan ni," terkilan .

"Kalau detect masa sekolah rendah, akan dapat extra 2 tahun sebelum ambil UPSR," sambung lagi.

"Bila dah masuk remaja, mereka malu dengan kawan-kawan. then jadi tak minat ke sekolah. Ponteng kelas. Kalu cikgu yang tak faham akan title pelajar ni pemalas. then kena hukum. tapi hakikatnya otak mereka kurang cerdik. Intellectual deficit," waaa...memang doktor cakap campur2 macam ni ek.hehehe...aku fahammm...

"Biasa kalau pesakit ni, watak dia macam mana?" aku cuba cungkil...alang-lang ada orang nak bagitau kan.hehehe

"Kalau awak nak tau...kes2 social berlambak2, rempit, zina tuh...mostly budak2 IQ rendah. Undetected," mana jwapan utk soalan aku ni...

"Tak specific...kebanyakan appear normal je...tapi ade learnig disability. Saya rasa nak pergi je ke sekolah buat screaming," semangat betul doktor sorang nii. Aku suruh wat artikel..kata tak tau menulis...jadi aku tolong tulis guna ayat dia juga.hehehe...

"Abis kalau nak cadangkan kepada ibu bapa...nak suruh refer ke mana?" serius juga aku ni. hahaha

"Buat suggestion kat diorang pergi jumpa doktor. Ambil surat rujukan kat klinik untuk jumpe psychitary untuk IQ assesment," cadang Si Doktor.

"Biasa doktor cadangkan apa? pergi ke sekolah khas ke?" tanyaku tanda berminat.

"Yer..kita akan cadangkan ke sekolah khas.  Besar peranan cikgu2 khas ni. Bukan calang-calang orang nak didik anak2 low IQ ni,"

"Tolong sebarkan yea. Harap2 ada changes. Saya sedih sangat-sangat  saya tengok diorang. I do cry...cry a lot,"

"Nanti ibu bapa tu marah kat cikgu seolah-olah dia tak kenal anaknya OKU atau tak. Kadang-kadang mak ayah ni malu," kataku.

"Malu tak ke mana. Buat rugi jer..."

"jangan bazir masa. Lihat dan tumpu kepada kekurangan. bangkit untuk atsi kekurangan. Kita semua berperanan..." tegas betul doktor sorang ni. Dulu pendiam je.

"Doktor willing jer untuk IQ Assesment, tapi tolong detect awal. Seawal sekolah rendah  lagi. suggest la kat mak ayah tu pi jumpa doktor,"

"Kalau asyik duk kelas belakang 1-6. Pastu...dapat nombor last pulak tuh...sah-sah ada masalah. Act fast. Jangan tunggu lama-lama,"

"Cadang jumpa doktor dulu. Minta report. selebihnya doktor deal explained. Jika ibu bapa tak setuju untuk register as OKU, kita takkan sign. At last kita tak rasa berdosa. sebab dah well explained. Kita dah buat kerja kita,"

"Cadangan jumpe doktor tu biasa mak ayah hangin," tambah kawanku. guru sekolah rendah.

"Jemput doktor bahagian kesihatan mental semasa perjumpaan ibu bapa," cadang Doktor.

Aku pun harap...sesiapa yang baca coretan aku ni leh kongsi dgn rakan2 guru atau ibu bapa kawan. Itu sahaja. Waallahu a'lamm ;)

Sambungan KLIK

2 ulasan:

  1. emmm menarik ni..dulu ms saya sekolah rendah ada jugak kelas khas untuk golongan cam ni.x tau la sekarang macam mana. adik saya pernah masuk klas tu untuk tempoh setahun.alhamdulillah ok dan terus masuk kelas biasa lepas tu..x salah mencuba demi kejayaan akan datang..;)

    BalasPadam
  2. Belajar ikut kemampuan lebih baik daripada berpura-pura bijak ^_^

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...