30 Januari 2012

Anak Sekarang



Aku on je fb. Lepas tu aku jalan-jalan ke satu blog ke satu blog yang lain. Jumpa blog budak-budak yang warna-warni. Keluar blin222. Waa pening mataku. Maalish (maaf) deh. Aku serabut tengok benda-benda macam tu. Terus aku 'close'.

Jalan-jalan lagi...

Jumpa blog yang pasang lagu-lagu. Waaa...off speaker. Aduh... Kreatif betul korang ni. Lama-lama aku close juga.

Bila ada blog yang ada unsur-unsur ilmu sikit atau jalan kehidupan yang agak menarik aku singgah. Kalau banyak yang best...aku jadi follower la.

Aku tau blog aku memang tak best. Asalkan aku enjoy dengan penulisan tak skema ni. Blog PSS yang aku buat dulu dah senyap. Pw aku lupa. Ayat pula kena la skema. Jaga nama baik sekolah. Baik coret2 di blog aku. nak conteng apa-apa pun boleh. hehehe

Aku tak pandai komunikasi kan...jadi medium ini la jadi tempat komunikasi aku. Kalau terasa pedih...cepat-cepat tekan 'close'.

Kelas tarannum ditangguhkan ke isnin depan. Aku lupa isnin depan cuti sempena Maulidur Rasul. Ni mesti Ustaz lupa juga.

Walaupun ustaz tak dapat datang, kami tetap buat kelas sampai 3.30 petang. Apa yang mengecewakan pelajar lelaki...Mana korang ar??? nak balik cepat sangat...Korang nak belajar tak? takkan belajar pun malu. Kelas ni kami tak kenakan bayaran pun.

Aku teringat adikku. Sekarang darjah 6. Setiap hari minggu ke rumah ustaz untuk belajar tarannum. Bayaran sebulan RM60...Mana minat pelajar melayu Islam di sekolahku ini???

Kalau belajar al-Quran kena paksa...macam mana nak faham Islam? macam mana nak perbaiki bacaan Quran?

Mana tanggungjawab mak ayah korang?

Aku teringat ayat Ustaz Don...

"Jika anak merasa agama itu kecil, tanggungjawab ibu bapalah menyedarkan agama itu besar!"

"Adakah anak hari ini akan meratur untuk memandikan Jenazah ibu atau bapa. Mengimamkan solat jenazah ibu bapa. Memasukkan Jenazah Ibu bapa dalam liang dengan penuh kasih sayang..." Lebih kurang ayat Ustaz Don.

2 ulasan:

  1. oooo..rajin on9 ek n jejalan menjelajah blog ek..sy mmg x berape minat ngan it ni tp msh ikuti perkembangan semasa..hehehe..sedihkan tgk anak2 skang yg x mementingkan agama.sayu hati bila ari2 kita disajikan mcm2 mslh berkaitan anak..semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..amin..;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...jelajah blog yang boleh bagi malumat berguna.hehehe...
    Kuat ujian ibu bapa zaman sekarang ni. kadang-kadang terfikir adakah kita mampu mendidik mereka ini?
    Itulah harapan kita dan ibu bapa di luar sana....Aminnn :)

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...