14 Januari 2012

Catatan.

Kini aku menggunakan aplikasi baru untuk membuat catatan di blog ini. 'Coretan' atau catatan aku di alam maya hanya untuk melatih diriku untuk menulis. Bukan untuk berbisnes. Ada yang mencadangkan supaya dibuat bisness tapi aku tidak nampak 'jalan'. Atau lebih tepat lagi aku tiada produk yang berkualiti untuk ditonjolkan. Masa akan datang...Insya Allah.

Aku tidak memerlukan trafik yang tinggi. Jika ramai yang masuk ke blog aku, bermakna ramai yang membaca coretanku yang merapu. Hanya nak hilangkan stress. Bila stress aku banyak idea. Sebab itu tajuk blog ini 'coretan idea'. Andai ia membosankan, anda digalakkan untuk 'close' blog aku ni. Tiada paksaan.

Ada juga terfikir untuk 'private'kan blog aku dari pandangan blogger2 lain. Bila difikir kembali, catatanku boleh jadi pengajaran dan sempadan kepada pembaca. Andai nyawaku tidak panjang. Biarlah blog ini jadi sedekah jariah kepadaku di alam sana. 


Catatanku adalah suasana sekitarku yang berlaku. Begitulah pemahamanku. Jika pemahamanku salah, tolong betulkan. Aku bukan seorang ulama'. Aku hanya insan biasa yang menumpang nikmat Allah di alam dunia. Berkelana mencari pendapatan untuk meneruskan hidup. Bukan untuk menyusahkan orang lain terutama ibu bapaku.

Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan keadaanku di sini. Berkelana sendiri tanpa bantuan lelaki. Aku tidak suka meminta bantuan lelaki kecuali keluargaku sendiri. Adakah aku hilang kepercayaan kepada mereka?  Kepercayaanku bergantung kepada keadaan dan situasi. Aku bertawakal dan semoga Allah memberikan pencerahan kepada hatiku ini. Aku milik-Nya.

Semalam aku terima jualan dari rumah ke rumah. Pemasangan eagis AG200. Anti rompakan untuk kereta. Deposit RM100 dan bulan RM108 selama setahun. Ia menggunakan kad untuk diimbas sebelum enjin kereta dihidupkan. Awalnya aku susah nak percaya. Apatah lagi promoter adalah satu negeri denganku. Kesian pun ada. Tak salah aku mencuba kan...

Bila difikirkan aku terlalu banyak berjalan jauh apatah lagi pulang ke kampung yang mengambil masa 6 jam menggunakan hway atau pergi ke tempat kursus. Travel222.

Jika negara 1Malaysia ini selamat, aku tidak perlukan fikirkan semua ini. Hanya Allah tempat pergantungan kita dan kita juga perlukan sesuatu usaha untuk mengelakkan kecelakaan. 'Mencegah lebih baik dari mengubati'. 

*pertandingan tilawah al-quran kelas Tahsin (Tarannum) terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan salah seorang peserta*

2 ulasan:

  1. oooo..saya rasa sy tau pasal anti rompakan tu..kakak senior saya pon pakai gak.memang mahal la nak pasang mede alah tu. cuba la dulu. semua yang kita ada adalah milik Allah..bila-bila masa Dia boleh ambil.tiada yang kekal melainkan Dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tengah cuba la ni. Tapi leceh skit sbb guna kad.thanks dayahhh ;)

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...