14 Januari 2012

Karamah Penghafaz Al-Quran.

Ta'jub!


Tak terkata bila aku melihat video ni walaupun tersekat-sekat akibat speed broadband celcom di kontrol.

Sheikh Nadal berumur lebih kurang 35 tahun. Seorang imam masjid dan penghafaz al-Quran 30 juzu'. Dia dimasukkan ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Dalam keadaan masih tidak sedarkan diri...sebaik sahaja habis pembedahan...dia membaca Al-Quran:

"Tidak sama orang yang menjadi ahli neraka dengan orang yang menjadi ahli syurga. Orang yang menjadi ahli syurga itulah orang yang berjaya" << ini adalah terjemahan ayat yang dibaca oleh Tuan Syeikh ini.

Sebaik sahaja alat penafasannya ditanggalkan, dia mengucap dua kalimah syahadat. Bila dia sedar selepas 2 jam, doktor memberitahu bahawa pembedahannya sudah berjaya

Dia mengucap syukur dengan suara antara dengar dan tidak dengar.

Sedangkan semasa dia masih tidak sedar, dia membaca Al-Quran dengan jelas seperti dalam video.
Semua ini kuasa Allah kepada orang yang sentiasa melazimi bibirnya dengan ayat Al-Quran.

***Nasihat untuk diriku...jangan tinggal baca al-Quran walaupun aku bukan penghafaz al-Quran***




2 ulasan:

  1. betul tu..sebab tu kat opis sy tinggalkan 6 surah terpilih n tafsir Quran tuk dibaca wlpn surah pendek..bila x mengaji mmg rase lain..mengaji bukanlah sewaktu ada masalah je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila2 masa kita boleh baca. insya allah sume perkara akan dimudahkan Allah. Teringin nak jadi Hafizah tp jiwaku tak kuat...

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...