16 Februari 2012

Tudung Putih

Nampak sangat macam pelajar sekolah agama kan. Bukan guru sekolah agama. Badan kecil. Tak macam cikgu lain kan. Biarlah. Kecil-kecil cili padi. Ramai juga orang geram dengan ayat aku yang suka lepas bila dah lama terbuku. Diam-diam berisi. Itulah istilah yang digunakan oleh cikgu sekolah aku dahulu. Ah...Indahnya zaman persekolahan dulu =)

Semalam. Aku ada meeting di PKG sebagai GPM. Cari la sendiri apa tu GPM. Sehari sebelum tu aku dah meeting di PPD pasal pengerusi panitia daerah. Rasa takut dengan jawatan yang diberi. Sebab aku baru berkhidmat 2 tahun sebagai guru. Itu pun tak sah jawatan lagi. Ok...Kembali kepada mesyuarat di PKG. Dibentangkan pasal laman web baru PKG dan diminta download beberapa dokumen. Lepas tu taklimat macam-macam. Nak laporan tu dan laporan ni. Dalam fikiran aku. Nak download macam mana kalau line broadband memang slow. Sekolah pun tak ada internet. Semua terbatas. Semua urusan semuanya online. memang kolot sekolah aku ni. hahaha

Aku dah buat surat rasmi bertanda tangan pengetua yang mengatakan penutupan sementara PSS. Orang PKG dah terima surat tu by hand. PKG panjangkan secara lisan pasan penutupan PSS kepada PSPN.

"Tak ada bilik kosong kat sekolah?" tanya orang PSPN ni.

"Kami tak ada ruang langsung untuk jadikan PSS. Ada satu bilik tu disumbat dengan bahan makmal dan barang untuk KHB. Memang dah jadi bilik sumbat," jawapan aku bagi soalan yang diberi.

"Takpe. Nanti kami datang lihat apa yang patut untuk kita buat," itulah kesimpulan kepada penutupan PSS aku. Aku tungguu...hehehe...

Dalam mesyuarat tu, aku dah gelisah. Aku baru teringat kunci kereta myvi aku ada dalam bilik guru. sekolah aku bukan boleh kira. Pukul 4 petang dah kena kunci semua termasuk pejabat. Bila mesyuarat yang lebih pukul 4.30. Azan asar dah berkumandang...aku keluar dari bilik meeting tuuu. Konon nak balik ke sekolah dan ambil kereta bawa ke PKG. PKG ni duk seberang jalan dengan sekolah aku. Jumpa pelajar2ku. Aku minta diorang ambil kunci tu di sekolah. Apa yang aku fikir tadi memang betul. Budak tu ambil dengan pengawal kunci tu.

5.30 petang mesyuarat dah selesai dan makan2 sikit. Terus aku balik ke sekolah.Terkejut aku dengan perubahan kedudukan kereta aku. Berpusing 180 darjah. Bukan terbalik yea...Jumpa la pengawal. Dia cakap ada cikgu cuba hidupkan tapi mati semula. Banyak kali cuba...Lepas tu pengetua yang dapat hidupkan. Hanya pengetua sahaja tau pasal keretaku kena guna kad imbasan baru boleh jalan. Jika tak...dalam beberapa saat akan mati sendiri kereta tu. Anti rompakan...Sebab tu jugakeretaku terkunci sendiri selepas aku keluar dari pagar sekolah sehingga aku minta bantuan pengetua dulu. Akhirnya aku pergi ke sekolah pukul 8.30 pagi. Itu kes dulu la. Dah cerita. Aku malas nak bagi link. Cari sendiri la yea.

Hari ni pula ada sesuatu yang menarik bagi aku. Program Mentor-mantee. harap betul ejaan tu.hahaha...

Lepas baca ma'thurat macam biasa terus PK HEM mulakan taklimat mentor-mantee ni. Semua guru terlibat kecuali kaunselor dan pengetua. Kami hanya ada 12 orang ynag terlibat. Nisbah guru dan pelajar 1:9 atau 1:8. lebih kurang macam tu la. Borang diedarkan untuk pelajar ni tulis namanya dan nama 2 orang guru yang dipilih. Kemudian borang2 ini dimasukkan dalam sampul surat yang ada nama guru. Awal-awal lagi aku tak nak ambil mereka yang salah tulis namaku. Itu tak tulis nama ayah aku lagi. Jika tidak...semua tak terpilih. hihihi...

Aku tak nak mentor-mantee macam anak angkat dengan ibu angkat. Tidak sebagai adik angkat dan kakak angkat. Walaupun mereka ni sebaya adik2ku yang sebenar. hahaha...jangan perasan sudahhh :)
Aku suka jika aku sebagai pembimbing atau pemudahcara jika mereka inginkan nasihat atau nak luahkan perasaan. Nak kongsi masalah. Tak ada masalah bagi aku. Tapi hati2...nanti aku tertulis dalam blog ni pulak. Jadi tunggu la pembaca sekalian merangkap pelajarku sekalian. Rugi ambil mentor ni. Tunjuk ajarku sifu!...hahaha!

Sengaja aku pakai tudung putih hari ini. Sama seperti akhawat di sekolahku ni. Jadi pelajar aku hari ni. Ingatkan bila dah pakai macam pelajar ni...tak akan ada yang pilih aku jadi mentor diorang. Boleh tahan juga bilangan yang pilih aku sebagai mentor pertama. Siap kena cabut undi. Maaf la jika nama korang tidak terpilih yea. Terima kasih korang masih pilih aku yang masih mentah ni. kihkihkih...

Lain pula soalan pelajar aku hari ini. Ada ke diorang tanya aku pelajar baru ke kat sekolah ni??? Boleh pulan aku jawab...a'aaa baru masuk hari ini di tingkatan satu. Gelak sakan la budak2 ni. Siap tanya berapa umur aku. Kira awek muda la aku hari ni. hahaha... Asif (maaf) yea...Aku malas nak layan soalan macam ni lagi. hehehe...

Tadi ada pertandingan nasyid peringkat sekolah. Setiap kelas mesti hantar dua kumpulan. Semuanya berjalan lancar. Mereka memang kreatif dan ada bakat terpendam. Ada juga guna lagu nasyid sekarang. Miming je la kalau suara penasyid malaysia ada dalam lagu tu. Jika minus one tak pe juga. Tak sempat aku nak tolong cari minus one untuk budak-budak ni. Ada yang guna bahan sekeliling untuk dijadikan alat muzik. Mereka ni akademik lemah tapi bab tu memang teror. Nak tubuh 'band' suatu hari nanti. Harap2 tak jadi kenyataan. La' ila akhir hayat! Belajar agama lebih. Hidup tak lama dah ni. Esok lusa pun tak tau kita masih bernafas lagi.huhuhu...

Itu la penangan hiburan melampau yang ditaburkan secara halus. Belajar pun malas. Duit cepat. Neraka pun dapat :'(

Ni aku masukkan sedikit gambar korang. Yang sempat ambil sahaja...

 'pengerusi lompat2'

'barisan hakim dari jauh'

'F1...ada gaya tersendiri dan lantang'

'F1...persediaan last minit tapi berani'

'sempat lagi buat peace'

'F3...mantap! siap ada tarian padang pasir'

4 ulasan:

  1. alhamdulillah,tahniah sufi..kepada pembaca,hayatilah maksud kalam yg dicoretkan,iAllah kita akan selalu saling mengingati n berfikir sebelum bertindak ye pelajar2.. mentor yg terbaik iAllah :)

    BalasPadam
  2. syukran lillah =)

    Aku bukan orang lama. Masih baru dalam bidang ni. Tengah berusaha ke arah itu. Moga Allah permudahkan jalanku. Doakan yea...

    BalasPadam
  3. banyak benar perkara nak diluahkan dalam entry kali ni ye cik sufi. nak gelak ada cemas ada geram ada. senang cter macam2 rasa ade. papepun tahniah dan takxiah la di atas perlantikan jwtn baru ye. semuga Allah permudahkan t/jawab cik sufi dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang bermoral. banyak2 sabar tau..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sekadar yang termampu. Insya Allah...
      Terima kasih atas nasihat cik 'senyuman manis'

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...