30 Mac 2012

Limau .

"Macam mana nak tau limau ni masam ke tak?" aku terpandang limau di satu hyper market. Warnanya nampak menarik dimata. Ada tarikan disitu. Teringin nak makan. Terasa rugi andai rasanya masam.


"Ambil yang cantik-cantik untuk nenek" kata 'untie' yang berbangsa cina.


"Nenek suka ke?" balas seorang kawanku.


"Dah empat tahun nenek pergi...sekali setahun kami akan pergi sembahyang," sambung untie tanpa mempedulikan soalan kawanku.


"Limau ini memang kena ada semasa sembahyang...mmm...," kelihatan susah bagi untie ingin menjelaskan lebih lanjut.


Aku senyum. Bukan untuk memperlekehkan kata-kata untie tadi. Tapi senyum dengan pertanyaan kawanku dan jawapan untie ini. Dalam kepalaku...kepercayaan masing-masing. Mungkin baginya untuk membuang sial.


Aku nak beli limau untuk makan bukan untuk sembahyang. Tapi bagi kepercayaan lain limau sebagai upacara sembahyang. Itulah masyakat majmuk membuatkan kita saling menhormati pendiriannya selagi tidak berkaitan dengan syariat agama Islam.



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.


Kalau ada sesiapa tahu tentang limau ini...bolehlah kongsi sama ^_^


SUMBER:zharifalimin

2 ulasan:

  1. saya suka makan limau..sbb tu suke sangat bila tiba musim raya cina..kecheng..kecheng..kecheng..hehehehe..limau yg cantik kulit besenya masam..kalu nak yg manis cr yang kerutuk..;)

    BalasPadam
  2. cari yang kerutuk yea. Tq senyuman manis. hehehe

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...