16 April 2012

Ke Klinik Gigi.

" Gigi adik dah cantik...tak perlu buat treatment," kata seorang attendant sebuah klinik 4 tahun lalu.

"Ramai lagi gigi yang teruk dan perlukan rawatan. Sikit-sikit ni biarkan," tambah si lelaki keparat ini.

"Pemalas punya orang!" aku mengomel sendirian. Biar la si lelaki ni dengar.

Sejak hari itu, aku tak pergi ke klinik gigi lagi kecuali temankan mak dan adik-adik sahaja. Setiap kali ke klinik itu, aku teringat lelaki ni. Memang dasar pemalas. Kalau aku tak rawat macam mana dengan gigiku nanti. huhuhu

Aku buat sendiri. Selalu gosok gigi dan macam-macam la. Jangan tanya yea. Susah nak bagitau.hehehe

Dalam kaedah fiqh ada menyebut " Mencegah lebih baik dari merawat"...

Disebabkan perasaan malas, lebih ramai orang sepertiku wujud. Tidak ingin berjumpa dengan doktor gigi. Nak tunggu lama-lama. Bila teruk atau kritikal pergi ke klinik swasta. Banyak duit yang keluar. Dah la simpanan tak banyak. Tu la nasib orang yang tak mampu. Aku biasakan diri ke klinik dan hospital kerajaan setakat ini. Dalam 4 tahun ni, 3 kali sahaja pergi. Itu pun urusan medical check up.


Banyak kali aku cuba buat appointment. Semuanya tak sempat kerana aku bertugas di negeri pantai barat .

Sebelum ini aku pergi hari jumaat dan hari sabtu. Pada 2 hari ini, mereka tak buat urusan kecuali dah ada appointment. Hari ini aku cuba pulang awal. Minta kebenaran bos untuk pulang awal. Alhamdulillah...Allah gerakkan hatinya untuk membenarkan aku pulang awal. Buat guru kaunselingku...maaf ye kak! tak dapat ikut program akak sampai akhir. Harap semuanya berjalan lancar ^_^

Pelajar tingkatan 3 dah masuk kabin. Tahniah buat kamu semua. Yang tak berpeluang, harap redha. Tak semestinya masuk kabin best. Kadang2 nampak macam kandang ....hahaha! Tertutup sahaja.

Urine test hari ini macam mana yea. Pelajar 'target' absent hari ini. Ghairi maujud! Harap semuanya ok yea.

Rokok ni memang pemusnah masa depan seorang pelajar kan. Bila naik ke tingkatan 4 dan mereka ke asrama penuh...comfem kena tindakan disiplin. Walaupun rasa pelajar ni bijak, mereka akan tertekan punya. Kena buang sekolah dan terus jadi penganggur tegar. Nak merokok tak boleh bila tiada duit. Mula la menipu. Lama-lama taktik ini tak menjadi. Tukar profesion pulak. Jadi pencuri. Mula curi barang ibu bapa...adik beradik...terus jadi perompak...100% penagih adalah perokok tegar! Fuhhh...dahsyat betul...Jadi jangan cuba-cuba merokok...

 Alhamdulillah...Dr India ni ok. Siap nasihat suruh buat pemeriksaan setahun sekali atau 6 bulan sekali. Abis selama ni? Dah 4 tahun tak buat tau. Geram punya pasal kat kepala karat. Apa pun sekarang dah selesai. Alhamdulillah...semua ok :)

2 ulasan:

  1. dasyat la..sy pon dah lame x g jupe dr gg..br ni sakit gg gak sbb gg bongsu tunbuh x abis..xtau la bila lg nk g cek gg..;)

    BalasPadam
  2. Mai la pakat check up ni. Kalau dah rosak..alamtnya memang kena buang. Belum tua lagi utk hilang gigi ini.hehehe...

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...