Jauh perjalanan, jauh pandangan. Lagi jauh kita berjalan, semakin banyak ilmu yang kita dapat pelajari ^_^
Hari ini sudah berkurangan pelajar yang tidak solat subuh. Harap mereka semua jujur. Jika tidak...antara dia dengan Allah sahaja yang tahu. Tajuk tazkirah hari ini " memberi kemaafan". Susah nak bagi maaf kepada orang. Apatah lagi musuh tradisi. Harap boleh jadikan sahabat Nabi yang menjadi calon ahli syurga itu. Sentiasa memaafkan orang dan tidak dengki kepada sesiapa pun.
Tak habis lagi P & P, ada mesyuarat atau perjumpaan guru. Banyak cekadak hari ini...Maklum la aku tak suka orang kacau P & P aku. Dah la minggu depan 3 hari aku tiada di sekolah. Kalau result subjek aku teruk kena bagi sebab. Bila bagi sebab...ini tak boleh..itu tak boleh. Ini ke nak suruh kami berintegriti. hahaha (Adakah aku tak faham maksud integriti???!)
Aku tak faham kenapa perlu buat perjumpaan guru semasa P & P. Maaf la jika aku terlebih tahu. Kadang aku kena sound kerana menggantikan orang atasanku.
"Selepas ini...saya tak nak wakil ** datang ke sini. Kita ingin membuat keputusan. Wakil nak buat keputusan macam mana?" sambil tangannya ditujukan ke arah mukaku. Rasa nak sembunyi je. Apa dayaku jika berada di depan. Buat je muka tanpa perasaan ( blurrr sekejap..tak tau nak balas apa )
Sebut pasal integriti...semua yang disebut itu siapa yang buat selama ini??? (nak pandang siapa ye..hahaha)
Aktiviti pelajar bukan anjuran sekolah...aku ingatkan dah senyap. Rupanya masih panas. Macam pisang gorenggg!
Keluar dari sekolah aku terus ke tempat yang dirancang bersama kawan sejawat. Pergi ke PPD **. Dengan penuh confident..."Ni la PPD yang kau akan pergi minggu depan,"...Terus aku ke PPD satu lagi. Aku masuk ke pagar sekolah. Dengan slamber tanpa bertanya pengawal keselamatan. Tidak tertulis PPD tapi SK**. Bila nak keluar baru nak tanya pengawal ni.
"PPD ni dah lama pindah. Masuk lorong sebelum hospital tu. Bulan 6 tahun lepas dah bertukar," kata pengawal ini.
Kemudian berpatah balik ke PPD **. Rupanya dah jadi bilik pentadbir sekolah. Maknanya PPD tu dah berpindah ke tempat baru. Memang betul...semua dah baru. Tapi masuk dalam dan tepi hutan.
Hampir 200km perjalanan tadi. Letih dengan hujan lebat di sana. Memang tak nampak jalan. Kadang -kadang pemanduanku tersasar.
Terima kasih pemandu pencongku. Walaupun kita sesat, Alhamdulillah diberikan jalan untuk mencari jalan yang lurus.hehehe...
Aku nak copy sikit apa yang ditulis oleh HM Tuah dalam bukunya:
"Sedarlah, nanti akan ada orang sibuk berkata tentang kelemahan orang itu dan kelemahan orang itu. Sebenarnya dia bercakap sebab nak tutup kekurangan, kelemahan dan kesalahan diri sendiri. Supaya orang tak nampak, tak perasan dan supaya orang terlepas pandang daripada mengatakan apa yang dia dah buat"
"Misalnya, seorang rakan kita di pejabat, tiba-tiab je dalam mesyuarat dia utarakan isu tak buat kerja dengan baik. Hangatlah isu tu diperkatakan dalam mesyuarat itu. Dan disebabkan berapi-api rakan kita itu membangkitkan isu sampai semua orang takut, sibuk mempertahankan diri hingga terlupa nak kata ENGKAU PUN SAMA"
" Jadi jangan hirau dengan orang ini. Awak buat sahaja kerja awak. Yang menilai bukan orang yang bising, tapi orang yang senyap. Bos selalunya tak bising, tapi dia menilai dan senyap, kecuali bos yang tak pandai la"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
pandai mu cover aku eeeeeeee...pe pe hal tk bawa aku jln22 tgk bumbung rumah aku...hilang sikit rindu ni...........
BalasPadamLetak la nama...siapa ni yea? tak tau nak komunikasi dgn tanpa nama. apa pun 'sama-sama' tengok bumbung rumah sendiri yea. Rasanya tak sempat sebab hujan lebat kan. kl silap orang maaf ye ^_*
BalasPadam