16 Jun 2012

Gunakan Kesempatan Yang Ada.

Berapa ramai manusia melakukan kerja atas usaha sendiri?

Berapa ramai manusia suka mengampu ketua mereka?

Berapa ramai manusia suka menggunakan 'cabel'?

Berapa ramai manusia suka mengambil hak orang lain?

Berapa ramai manusia suka mendapat kekayaan dalam sekelip mata?

Jawapan kepada soalan aku ini ada positif dan negatifnya.

Semua manusia ingin membuat kerja yang senang tanpa usaha yang luar biasa.

Contoh yang aku lihat disekelilingku adalah suka mengampu ketua supaya mudah mendapat habuan. Mereka suka menggunakan 'cabel' tanpa bergantung kepada Allah. Mereka lebuh suka mengguna hak orang lain tetapi tidak menggunakan apa yang ada pada diri mereka. Mereka suka mendapat harta tanpa usaha seperti harta pusaka.

Allahurabbi!

Mungkin harta kita yang hilang boleh menyelamatkan diri dari sesuatu kecelakaan. Mungkin juga harta kita tidak bersih, dengan cara dirompak secara halus. Jika tidak, berlaku kerosakan yang lebih besar lagi. Itulah hikmahnya diluar kesedaran kita.

Ada sesuatu yang mencabar daya ketahanan diriku. Sesuatu yang membuatkan aku kurang menghormati seseorang. Bukan dibuat-buat...tetapi hatiku tertutup untuk menerima kebaikannya. Adakah hatiku kotor? Ya Allah, bersihkan hatiku dengan namaMu yang Maha Tinggi dan Maha Penyayang.

Bulan puasa tidak sampai sebulan lagi. Allahumma Balighna Ramadhan!

Hari isnin ini cuti sempena Isra' Mikraj.


Tugasan keduaku yang diberi kesempatan oleh seseorang agak mengecewakan. Aku hilang fokus. Tugasan pertama dikira berjaya. Aku akan cuba buat semula kerana ini sahaja kesempatan yang ada untuk aku pelajari dari orang yang berpengalaman. Ada yang tawarkan diri untuk menyemak hasil kerjaku, sepatutnya aku buat dengan bersungguh-sungguh. Silapku kerana tidak yakin kepada diri sendiri.

Aku redha andai tugasan ini menyebabkan aku tidak mendapat tugasan ke-3. Gagal ke-2 tidak bermakna aku akan terus menyerah. Ini kesempatan masa mudaku sebelum masa tua. Masa lapang sebelum masa sibuk.

Sessi pembelajaran tidak akan habis sehinggalah aku dijemput ilahi. Teringat kematian adalah terapi paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tapi aku tidak kuat menghadapi godaan dunia termasuk teknologi yang semakin berkembang ini.

Aku sangat mengharapkan ada seseorang yang dapat memandu aku terus beristiqamah mendekatkan diri kepada Allah. Moga harapan ini menjadikan aku orang yang mengharap belas ehsan dari Pencipta, Allahurabbi!

2 ulasan:

  1. jangan mudah patah semangat wahai sahabatku cik sufi..hilang fokus hanyalah gangguan sementara..inshaallah seseorang tu akan bg tugasan ke3 lepas ni..apa yang kita dapat melalui usaha sendiri lebih memberi kepuasan walaupun sedikit daripada mendapat hasil yang bayak tapi menggunakan cara yang terlarang tanpa sedar..semoga saya juga beristiqamah dalam kehidupan sementara ini..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah. Yang pasti sy akan terus menulis di blog walaupun tiada orang membacanya. Saya pasrah andai tugasan itu berlalu begitu sahaja. hahaha..macam menyerah sebelum berjuang. thanks sahabatku :)

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...