Peristiwa yang dirakamkan dalam permulaan surah Isra' :
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haran ke Masjidil Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya kerana kami ingin memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Keimanan pengikut Nabi Muhammad SAW diuji. Adakah dia yakin dengan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW?
Akibat tidak percaya peristiwa Isra' dan Mikraj ini, pengikut baginda ramai murtad.
"Demi Allah, ini sesuatu yang sangat aneh. Demi Allah, sesungguhnya rombongan yang bermusafir paling cepat boleh sampai selama sebulan dari Mekah ke Syam. Adakah Muhammad mampu ke Syam dan pulang semula ke Mekah hanya satu malam sahaja?" kata salah seorang orang Quraisy sebaik sahaja mendengar cerita yang disampaikan oleh Muhammad SAW. Mustahil bagi mereka, tetapi tidak mustahil bagi Allah terhadap kekasihnya, Muhammad bin Abdullah.
"Hai Muhammad, apa buktinya yang boleh kamu tunjukkan kepada kami?Belum pernah kami mendengar kejadian ini," kata salah seorang dari mereka.
"Aku tersempak dnegan kabilah Bani Fulan. Apabila mendengar suara haiwan, mereka lari lintang pukang. Aku memanggilnya tetapi tidak dipedulikannya. Aku terus menuju ke Syam. Kemudian aku jumpa satu kafilah lagi. Mereka sedang tidur. Aku membuka tempat isi air mereka dan aku minum dan aku tutup penutupnya seperti biasa," kata Rasulullah.
"Jika kamu tidak percaya, ada bukti lain lagi," mereka ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.
"Kafilah tadi sedang singgah di Baidha' di Tsanitatum Tantim. Di depan mereka didahului unta berwarna kelabu. Unta itu ada dua karung. Satu berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih bersinar," jelas Rasulullah.
Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka pergi ke Tsaniyyah. Disana mereka bertanya mengenai tempat air kafilah yang kosong dan peristiwa mereka lari lintang pukang.
"Demi Allah, dia berkata benar. Memang kami lari lintang pukang pada malam itu selepas terdengar suara haiwan. Kemudian kami mendengar ada seseorang memanggil," kata ahli kafilah ini.
Peristiwa yang menguji logik akal mereka tidak dapat diterima mereka. Lantaran iman yang tidak kuat dan tiada iman dalam hati, mereka menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengetahui pandangan seorang sahabat yang paling rapat kepada Muhammad bin Abdullah ini.
"Muhammad mengaku dia telah pergi ke Baitul Maqdis dan solat di sana. Kemudian kembali ke Mekah. Bagaimana pendapatmu tentang sahabatmu ini, wahai Abu Bakar?" tanya mereka.
"Apakah kamu tidak mempercayai ceritanya?" tanya Abu Bakar.
"Ya, aku tidak mempercayainya. Dia berada di masjid, sedang menceritakan peristiwa yang baru dialaminya," jawab mereka.
"Demi Allah, jika itu yang dikatakannya. Benarlah. Kenapa kamu pelik dengan kenyataannya? Demi Allah, sesungguhnya jika dia menceritakan bahawa dia pergi dari bumi ke langi dalam masa satu saat, aku tetap mempercayaunya," kata Abu Bakar dengan tegas.
Abu Bakar terus pergi mencari Rasulullah. Selepas bertemu, Abu Bakat bertanya," Wahai Nabi Allah, Benarkah kamu telah menceritakan kepada mereka bahawa kamu diperjalankan ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah menyatakan betul apa yang diperkatakan oleh mereka. Kemudian Abu Bakar berkata,"Wahai Nabi Allah, ceritakan kepadau gambaran Baitul Maqdis itu, kerana aku pernah pergi ke sana,"
Dengan izin Allah, Nabi Muhammad dapat melihat dengan jelas gambaran Baitul Maqdis dan menceritakan kepada Abu Bakar selengkapnya. "Engkau berkata benar, aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah," kata Abu Bakar. Setiap kali Rasulullah menceritakan ciri-ciri Baitul Maqdis, Abu Bakar berkata,"Engkau berkata benar, aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah,"sehinggalah Rasulullah selesai bercerita.
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau As-Siddiq, orang yang membenarkan," kata Rasulullah sambil memuji Abu Bakar dan memberi gelaran As-Siddiq. Sejak itu Abu Bakar dinamakan As-Siddiq.
Nabi Muhammad SAW tidur di rumah ibu saudaranya, Ummu Hani'. Selepas solat Isya', Nabi Muhammad SAW tidur. Begitu juga keluarga Ummu Hani'. Selepas subuh, Rasulullah menceritakan tentang kejadian pada malam itu sehingga baginda naik ke langit ke-7 dan berjumpa dengan para nabi. Ummu Hani' melarang Rasulullah menceritakan kepada orang ramai kerana bimbang Rasulullah akan disakiti.
Ada pula yang menceritakan bahawa ketika itu Nabi Muhammad SAW tidur di Hajar Aswad, tiba-tiba malaikat mengejutkan baginda. Baginda bangun dan tidak melihat apa-apa. Kemudian baginda sambung tidur semula. Kemudian Jibril datang lagi mengejutkan baginda kali kedua. Seperti kali pertama, baginda tidak melihat sesuatu apa pun dan sambung tidur semula. kali ke-3 baginda dikejutkan lagi. Kali ketiga ini baginda berdiri dan mengikut Jibril ke pintu masjid.
Rasulullah dibuat pembedahan kali kedua oleh dua malaikat, Jibril dan Mikail. Dadanya dibelah dan dikeluarkan hatinya. Hati baginda dicuci dengan air zamzam. Keludian dikeluarkan ketulan hitam iaitu tempat syaitan membisikkan perasaan was-was. Kemudian dituangkan hikmah, iman, dan ilmu ke dalam dada baginda. Kemudian dada baginda dijahit dengan Khatamun Nubuwwah. Selepas selesai pembedahan ini, Baginda Rasulullah SAW menunggang Buraq diperjalankan ke Baitul Maqdis atau dipanggil Isra'. Haiwan ini putih seperti keldai. Pada dua paha haiwan ini ada sayap.
Dalam perjalanan itu, Rasulullah ditemani Jibrail dan Israfil. Apabila tiba di satu tempat-tempat tertentu , Jibrail mengarahkan Buraq berhenti dan Rasulullah diminta solat dua rakaat. Tempat-tempat ini adalah tempat bersejarah. Taybah atau Madinah merupakan tempat hijrah Rasulullah. Bukit Thursina, tempat Nabi Musa menerima wahyu. Batul Laham, tempat Nabi Isa dilahirkan.
Dalam perjalanan itu, Nabi Muhammad menghadapi gangguan dari Jin Ifrit yang membawa jamung api. Di situ, Rasulullah diperlihatkan kaum yang sedang menanam dan terus menuaikan hasil tanaman mereka. Apabila dituai, keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai lagi. Hal ini berlaku berulang-ulang kali.
"Itulah kaum yang berjihad 'fi sabilillah' yang digandakan pahala kebajikannya sebanyak 700 kali ganda. Bahkan digandakan lebih banyak lagi," kata Jibrail.
Kemudian Rasulullah melalui tempat yang berbau harum.
"Itulah bau kubur Masyitah, tukang sisir rambut anak Fir'aun bersama suaminya dan anak-anaknya. Termasuklah bayi yang boleh bercakap untuk menguatkan iman ibunya yang tidak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan," kata Jibrail.
Kemudian Rasulullah berjumpa sekumpulan manusia sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali kepala itu dipecahkan, ia kembali sembuh. Kemudian dipecahkan semula. Kejadian ini berulang-ulang kali.
"Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud iaitu bersolat," kata Jibrail.
Kemudian Rasulullah melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka memakan bara api dan batu dari neraka. Kata Jibrail," Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka."
Kemudian Rasulullah melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail,"Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami."
Kemudian Rasulullah diperlihatkan seorang lelaki berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail,a" Itulah orang yang makan riba."
Kemudian Rasulullah melihat seorang lelaki menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail,"Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain."
Kemudian Rasulullah melihat satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail,"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya."
Kemudian Rasulullah melihat satu kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail,"Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."
Kemudian Rasulullah melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail ,"Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat."
Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan memanggil Rasulullah. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail,"Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."
Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail," Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua."
Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail,' Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat."
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat. Makmumnya terdiri daripada para Anbiyao dan para Solihin.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail,"Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat."
Kemudian baginda di Mi'rajkan dalam Surah An-Najm ayat 11-18:
"Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Maka apakah kamu hendak membantahnya tentang apa yang dia lihat itu? Padahal sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi. Di dekat Sidratul Muntaha. Yang di sisinya ada syurga tempat kembali. Tatkala Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputi. Tidak berpaling penglihatan matanya dan tidak dia melampaui batas."
Semasa Rasulullah dimikraj iaitu naik ke Sidratul Muntaha menemui Allah.
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga,”pesan Rasulullah. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Seterusnya, ke Sidratul Muntaha, “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya
Pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Rasulullah berjumpa Allah tanpa hijab, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. Nabi Musa menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj, Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.
subhanallah...byk ilmu dalam post ni..alhamdulillah..syukur dapat baca n tambah ilmu sedia ada.syukur padaMu ya Allah di atas kurniaan dan nikmatMu..alhamdulillah..;)
BalasPadamAlhamdulillah...ilmu Allah tidak pernah habis. Masih dalam proses edit...ada penambahan.
Padam