12 Julai 2012

Digalakkan Baca Pada Malam Jumaat.

Adakah anda sudah menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi? Banyak kelebihan surah ini berbanding dengan surah Yasin pada malam Jumaat atau hari Jumaat. 


"Kak Zah tak sedap hati la. Akak banyak dah fikir apa kesilapan akak hari ini? Atau ada bacaan tertentu akak tertinggal. Akak hampir dilanggar kereta tau...Sekarang akak dah tau kenapa. Akak tak pernah lupa bacasurah Al-Kahfi tapi hari ini, akak lupa baca. Terus akak balik dan baca surah Al-Kahfi sebelum masuk maghrib ," kata seorang senior merangkap ahlibait (rakan serumah) aku.


Aku biasakan diri membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat (hari khamis malam jumaat) dan pada hari Jumaat baca Yasin di sekolah. Alhamdulillah...Apa yang aku masih tak buat adalah membaca tafsiran surah Al-Kahfi bukan terjemahan. 


Antara kelebihan Surah Al-Kahfi:


1. pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.


Dalilnya:  


Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.


Dalilnya: 


Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)


3. Ketenangan.



sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)




Antara kisah yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ini:


1. Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim


2. Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH


3. Kisah Nabi Musa dan Khidir


4. Kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

5. Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.


SUMBER: myibrah, ustazazhar.nethttp://ustazazhar.net/v01/kelebihan-surah-al-kahfi/

2 ulasan:

  1. alhamdulillah..saya cuba istiqamah dgn bacaan surah al-Kahfi ni setiap malam jumaat..ari jumaat sy baca 10 ayat je..balik pose ni nak baca tafsiran kat kampung..mula2 baca agak mencabar jugak sbb tersangkut2..syukran ya cik sufi atas perkongsian ini..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama cik senyuman manis :)
      Ini sahaja yang sempay dikongsi. Moga ia menjadi amal kita di dunia dan akhirat...

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...