18 Julai 2012

Jaga Maruah.

Maruah ------->>> keberanian, kegagahan, kehormatan, maruah diri, harga diri.

Jaga maruah merangkumi adab berpakaian, pergaulan dan percakapan seseorang. Jika tidak, nama sesorang akan jadi aib dan maruah seseorang menjadi sampah di hadapan masyarakat.

Dalam Islam, penjagaan maruah bermula dari RUMAH. Ibu bapa lah yang mendidik mereka. Jika baik didikan di rumah, insya Allah akan baik diluar rumah.

Pemberian nama oleh kedua ibubapa melambangkan maruah. Sebab itu,mereka akan memilih nama yang baik untuk anak-anak.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah as-Syu'ara ayat 83-84 yang bermaksud

"Wahai Tuhanku, berikan daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun Naim."

Mengapa Allah S.W.T menyuruh kita mematuhi semua yang ditetapkan untuk menjaga maruah diri? Tujuan utama kita diwajibkan menjaga maruah diri ialah supaya kita dijauhi daripada maksiat.

Maruah juga melambangkan harga diri seseorang dan sesuatu bangsa. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu apa itu maruah diri seorang Islam supaya dapat menjaga kehormatan diri dan kesucian agama Islam itu sendiri.


Pada masa kini, banyak mata yang memandang serong kepada Islam. Mereka sedaya-upaya mencari kelemahan dan kesalahan umat Islam. Pendek kata, maruah adalah nilai diri kita, hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannya walaupun terpaksa mengobankan harta dan nyawa.

Maruah tidak boleh digadai atau dijual beli. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa menjadi tebusan. Begitulah tingginya harga maruah pada manusia.

Memanglah maruah itu tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi kita boleh merasai bahawa maruah itu wujud dalam diri kita. Sifat yang paling hampir dengan maruah adalah malu. Jika perasaan malu itu masih tersemat dalam diri,Insya-Allah maruah diri akan sentiasa terpelihara.

Sekarang kita lihat kepada kepentingan nyawa pula. Islam amat mementingkan keselamatan nyawa kerana nyawa adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat berharga dan sebarang perbuatan yang cuba mengancam anugerah tersebut amatlah dicela.

"Harga nyawa manusia bergantung kepada kewarasannya. Maruah manusia bergantung kepada nilai kemanusiannya."


SUMBER: iluvislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...