28 November 2012

Kenduri Sambut Orang Baru 2012.

Semalam taaruf dengan warga baru bagi keluargaku. Semua ada kecuali abang ke-2 sekeluarga, adik yang berada jauh di perantauan dan adik di KKB. Sekadar taaruf ringkas. Secara mendalam boleh sembang semula.

Selamat datang ke teratak kami yang berkeluarga besar ini. Moga Kak Lin dapat menyesuaikan diri dalam keluarga kami. Walaupun ini perkahwinan ke-2 bagi abang sulongku, majlis tetap seperti biasa. Bak kata salah seorang adikku," Yang lain...kahwin sekali sahaja sudaaaa. Aku ni sekali tak buat lagi." Apapun moga bahagia hingga ke syurga. Pengalaman lalu  jadikan ikhtibar.

Boleh pula aku tulis panjang tapi sessi taaruf. huhuhu...

Sehari sebelum majlis, jiran-jiran banyak membantu dari segi penyediaan bahan makanan untuk tetamu.  Juga tak dilupakan, ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku yang hadir datang membantu penyediaan ini. Teruma kasih atas bantuan kalian.

Majlis ini agak besar jika dibandingkan dengan majlis sebelum ini. mengejutkan. Perancangan asal hanya bacaan yasin dan doa selamat memandangkan ini perkahwinan kedua. Perancangan bertukar bila jemputan dari ayahku terlalu ramai. Aku sendiri takut untuk mengundang sahabat dan kawan-kawan. Maaf yea. Last minit. Kenalan ibu bapaku terlalu ramai. Oleh kerana ibubapaku yang support kenduri ini, terpulang kepada mereka untuk menjemput sesiapa sahaja.














Maaf. Ini sahaja aku boleh kongsi. Yang lain jadi koleksi peribadi. Doakan mereka berdua kekal hingga ke syurga. Aminnn ^^


9 ulasan:

  1. assalammualaikum,ustazah sihat lame tak jumpe...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt. alhamdulillah. Jika panjang umur, kita akan berjumpa di sekolah. Insya Allah ^^

      Padam
  2. selamat pengantin baru buat abg cik sufi n pasangannya..giliran cik sufi jgn lupe jemput sy tau..x kisah la kecil2an je pon..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Senyuman Manis. Doakan ye. Insya Allah akan dijemput ^^

      Padam
  3. akak, blog akak bes la... terima kasih kat adik akak sbb kenalkan saya ngan blog akak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang dhaif ini. Dengan menulis akak dapat idea dan kenangan lalu boleh dibaca semula atau ilmu yang sudah dilupai boleh dibaca semula. Harap adik tidak bosan membacanya. Adik ni kawan kepada adik akak yang mana yea?

      Padam
    2. aka ada ramai adik ke? adia aka yabg f3 kut~

      Padam
    3. ye. adik akak memang ramai. owh budak tu yea. Jgn lupa nanti tengok result PMR 19 Dis 2012. Itu jangkaan sahaja. Moga dapat apa yang dihajati^^

      Padam
    4. Lnsha Allah.. Typing error bnyak kat komen atas tu sbb adk kacw.. sori2~ oh jangkaan result 19 dis - 22 dis..
      tapi sy tetap amik slip lpas krismas.. huhu

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...