"ulang sekali lagi uncle," pintaku seolah-olah tidak pernah dengar kalimah ini di bibir orang bukan Islam.
Uncle hanya senyum. Aku turut senyum. Dalam hatiku hanya mendoakan dia mendapat hidayah. Pernah aku tanya orang lain tentang uncle ini. Adakah dia Islam? Jawapan yang aku dapat adalah tidak atau belum lagi.
Kalimah INSYA ALLAH sering kali didengari. Kalimah ini mempunyai seribu satu makna yang tersendiri. Apatah lagi kita sebagai umat Islam.
'ini ejaan sebenar dalam Bahasa Arab. Isu sebutan dalam BM tidak timbul. Ia membawa maksud dengan izin Allah'
"Ok ok ok! aku akan pergi ke sana," kata seorang pemuda tanpa diucapkan kalimah keramat ini.
Dua orang kafir Quraisy, An-Nadhar bin Harith dan Utbah bin Abi Mu'ith bertanya kepada Yahudi Madinah mengenai Saidina Muhammad dan sifat-sifatnya kerana orang Yahudi adalah Ahli Ktab yang pertama (Kitab Taurat).
Kata Yahudi ini kepada dua utusan ini,"Tanya Muhammad tentang tiga perkara ini: tentang pemuda yang tidur dalam jangka masa yang lama yang merupakan keajaiban dan tentang seorang lelaki yang sampai ke Timur dan Barat. Minta dia ceritakan. Tanya dia juga tentang roh. Apakah itu roh? Jika Muhammad boleh menceritakannya, maka dia adalah seorang Nabi. Jika tidak dia adalah pembohong."
Apabila orang Quraisy ini bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tiga perkara ini, maka Rasulullah jawab," esok aku akan jawab soalan ini."
Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15 malam. Timbul syak wasangka terhadap Rasulullah. Kata Kafir Quraisy," Muhammad telah berjanji untuk menjawab soalan kita esok, sedangkan hari ini genap 15 hari,". Kemudian Jibril turun membawa wahyu dan mengkhabarkan tentang Ashabul Kahsi dan kisah lelaki yang mengelilingi dunia itu. Persoalan tentang roh dijawab dalam surah Isra' kerana ia sesuai dengan kisah isra' mikraj.
Dalam surah Al-Kahfi, Allah SWT menegur Rasulullah tentang janji itu. Orang-orang Yahudi ini meminta Rasulullah menceritakan tentang roh, ashabul kahfi dan zulkarnain. Bagi mereka hanya Rasul sahaja yang mengetahui kisah ini. Hal ini ada disebut dalam kitab Taurat yang merupakan salah satu kitab yang wajib kita percaya selain zabur dan injil.
Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24:
وَلَا تَقُولَنَّ
لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا [١٨:٢٣]
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
إِلَّا أَن
يَشَاءَ اللَّهُ
ۚ وَاذْكُر
رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ
هَٰذَا رَشَدًا [١٨:٢٤]
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Akibat janji Rasulullah tanpa menyebut INSYA ALLAH menyebabkan Allah menangguhkan penurunan wahyu berkaitan jawapan yang diingini oleh puak Yahudi ini.
Surah ini menceritakan tentang Ashabul kahfi dan diteruskan dengan kisah Zulkarnain. Kisah pemuda-pemuda yang tidur dalam gua ini lebih dekat dengan kisah berkaitan roh. Hal ini kerana roh mereka dijaga dalam jasad mereka sendiri selama 309 tahun lamanya.
Kisah ini juga menafikan bahawa mereka ini adalah anak Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 4:
وَيُنذِرَ
الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا [١٨:٤]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".p/s: Aku harap jika ada tersilap terjemahan, tolong bagitau yea. Diri ini masih belajar ^_^
SUMBER: قطوف من الأدب الإسلامي oleh الدكتور سعد عبد السلام نصار
pentingnya kalimah Inshaallah..dengan izin Allah..;)
BalasPadam