30 Disember 2012

Topeng

Ada orang merasakan dia telah menolong orang itu. Dia ingin merasakan orang itu terhutang budi kerana dia telah menolong orang itu. Dia nak orang itu merasakan 'kemudahan' yang diberikan hasil pertolongannya. Dia nak semua kelebihan atau kekuatan adalah kerana perbuatan dan hasil usahanya. Dia nak orang memuji atas hasil yang disebut-sebut itu.


Tahukah kita, semua yang terjadi terhadap diri kita ini dari siapa?

Aku bukan nak memandang sebelah mata terhadap dirinya. Hakikatnya bukan atas usahanya tapi usaha orang lain. Dia hanya mendapat nama. Nama yang membuatkan dia bangga tapi kemurkaan Allah tidak dipedulikan. 'Topeng' ini sedikit demi sedikit akan terungkap dengan sendiri walaupun tiada siapa yang membukanya.

Bila aku melihat dari sudut lain, aku melihat Allah sentiasa menguji hambanya. Sama ada dia sedang senang atau susah. Semuanya Allah mampu melakukannya. Perancangan Allah. Tapi manusia sentiasa lupa.

Ya Allah, jadikan diriku sentiasa ingat Mu sama ada senang atau susah. Hanya kepadaMu aku berserah. Aku minta perlindungan dari makhlukMu yang sentiasa mengejar keduaniaan. Jauhi diriku dilalaikan oleh makhlukMu. Aku hanya insan lemah yang sentiasa mendambakan keredhaanMu. Dekatkanlah diriku denganMu. Allah Allah Allah!

Maafkan diriku andai blog ini banyak mengguriskan banyak pihak. Aku hanya insan kerdil yang hidup sebagai orang biasa.

1 ulasan:

  1. ya Allah berikanlah kesabaran yang tidak terhingga padaku..amatlah rugi sekira seseorang itu memilih untuk bahagia di dunia tanpa memikirkan kebahagiaan di akhirat..mood : insafkan diri

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...