30 Disember 2012

Teruja Baca Kisahnya.

Travelog Kehidupan Abadi oleh Pn Roza Roslan dapat dihabiskan dalam tempoh masa 2 hari. Dalam tempoh yang sama  aku banyak membuat kerja sampingan. Walaupun banyak kerja yang aku buat, cara penulisan Pn Roza tidak membosankan. Lain dari yang lain. Pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh orang lain. Anggapan Pn Roza, beliau hanya insan biasa-biasa sahaja. Pada anggapanku adalah luar biasa. Cerita dari hati ke hati. Sehingga menambat hatiku untuk menghabiskan buku ini secepat mungkin.

klik gambar untuk ke blognya.

Tak tahu nak mula dari mana. Kalau aku tak tulis kali ini, aku akan terlupa.

Bagi menggalakkan orang membaca buku ini, biar aku cerita sedikit demi sedikit berdasarkan pembacaanku.

Pengalaman pahit manis yang ada pada diri Pn Roza dimasukkan dalam buku ini. Ia dikaitkan dengan nikmat Allah. Bukan manusia yang memberi tetapi Allah. Allah yang memberi kepada hambaNya walaupun hambaNya jarang bersyukur. Beliau menulis betapa Allah sayang dirinya walaupun  ketika peristiwa itu berlaku, beliau tidak menyedarinya.

Impian atau lintasan hati Allah makbulkan selepas 15 tahun. Impian ingin ke luar negara termakbul. Pengalaman berada di luar negar dikongsi berdasarkan pemerhatian beliau yang sangat tajam. Pergaulan dengan masyarakat setempat membuatkan dirinya insaf.

Pengalaman ketika suaminya menyambung pelajaran. Pengalamannya yang bekerja di sana. Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi. Pengalamannya mengandung anak ketiga. Pergi buat pemeriksaan kesihatan tanpa suami dan dimudahkan dengan pertolongan pemandu teksi. Pengalaman bersalin di negara orang. Banyak lagi termasuk pengalaman berjumpa 'orang Malaysia' yang berada di sana. 

Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dada. Helaian demi helaian dibaca tanpa meninggal satu ayat pun. Aku sangat kagum dengan cara penyampaian yang bersahaja. Seolah-oleh Pn Roza berada di depan mata menceritakan semua pengalaman itu. Ketika beliau menangis, terasa diri ini turut menangis. Ingin membawa deritanya pergi. Rupa-rupanya kepahitan dulu membawa kepada dirinya seperti sekarang.

Pn Roza merupakan isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Prof yang aku kenali melalui travelog haji. Kedua-dua mereka adalah orang hebat. Sekarang menetap di Madinah sebagai pensyarah. Moga mereka berdua mendapat naungan Allah.

2 ulasan:

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...