Memang penat. Ini sudah jadi tanggungjawab. Moga aku dapat buat kerja ini kerana Allah. Aku redha dengan ketentuanMu.
Bila ada yang mengatakan akan ditambah guru BA, aku seolah-olah kurang percaya. Guru yang baru datang, opsyen BM. Apa makna disebalik pengambilan ini? Hanya Allah yang tahu walaupun akan timbul pelbagai alasan untuk menafikannya.
Aku hilang kepercayaan kerana pernah berlaku pada tahun sebelum ini. Yang mengakuinya adalah pegawai atasan sendiri. Aku sangat terkejut ketika itu. Cukuplah menabur janji yang tak pernah ditepati. Canggih ayat tetapi tiada tindakan adalah sia-sia. Sepatutnya banyak kerja kurang bercakap.
30 waktu seminggu bukan suatu perkara mudah. Apatah lagi untuk menumpukan perhatian kepada pelajar yang bermasalah dan kerja pengkeranian yang lain.
Hari pertama. Aku masuk ke kelas yang hanya ada 16 orang pelajar. Berada dalam PPS. PSS sekarang berada di 'awangan'. Aku ingin uji mereka adakah pelajar2 ini tahu apa itu huruf hijaiyyah? Ternyata ramai yang tidak tahu.
Oleh kerana masa terlalu sedikit, aku hanya minta pelajar ini menulis huruf yang aku sebut. 8 dari 16 orang tidak dapat menulis dengan baik. 4 dari 8 pelajar mengaku dari awal lagi. Sekarang aku harus memikir cara untuk memperkenalkan huruf hijaiyyah sebelum belajar bahasa arab. PBS kali ini menekankan kemahiran menyebut, membaca dan menulis.
Moga usahaku ini dipermudahkan oleh Allah. Disamping itu, aku perlukan kerjasama daripada pelajar2 ini.
Untuk kerja 'pengkeranian' dan pusat sumber, maaf aku dah tak mampu selesaikan. Kerja aku banyak tertumpu kepada P & P sahaja. Program juga akan dikurangkan kecuali ada kerjasama daripada guru lain.
'berangan nak dapat sekolah seperti ini'
Petang jumaat aku ke pusat servis. Apa yang aku andaikan sebelum ini memang terjadi. Enjin kereta mati. Bukan aku yang pandu tetapi bos pusat servis. Aku senyum sambil berjalan ke bengkelnya apabila dia bagi isyarat tak boleh dihidupkan. "Memang susah la kereta you orang nak curi".Sebelum itu, aku dah jelaskan kepada kerani pusat servis itu. Tak sangka dia ambil mudah sahaja.
Kali kedua enjin tak boleh dihidupkan apabila 2 orang anak buahnya ambil alih. Aku terus berjalan keluar dan masuk ke bengkelnya semula. Aku hidupkan semula. Mungkin hal ini pertama kali berlaku di bengkel ini. Selepas ini, tiada masalah lagi kecuali ke pusat servis lain.
gambo sek mane tu cik sufi?..sy pon duk fikir bila nak buat major servis ni..
BalasPadampinjam gambo dari pak google. sek mne ntah. sek impian semua pelajar. hehehe
Padam