24 Februari 2013

Keburukan laman sosial.

Laman sosial bukan pemacu negara. Ermm..bukan senang tajuk ni. Macam debat ala parlimen ni. Dah lama tinggal penulisan skema macam ni. Rasanya pelajar yang bertanya tentang tajuk ini dah selesai cari isi atau malumatnya. Hari ini baru terbaca. Lain kali masuk ke ruang komen ye. Sekarang buka blog melalui handset. Canggih sikit.

Tajuk ni perlu difahami maksud satu persatu. Ini memerlukan kamus dewan bahasa dan pustaka. Bukan fikir logik sahaja. Sebab ini bahasa bukan sains. Faham tajuk baru boleh nak cari isi. Kamus ini tiada dalam stok simpanan. Jadi cari di perpustakaan ye. Definisi....Bagi contoh laman sosial sekarang...

Aku cuma nak senarai keburukan laman sosial walaupun banyak kebaikannya. Ini menurut pandangan aku. Bukan artikel dari ahli bahasa. Blog tidak ilmiah seperti blog aku ini, tidak boleh dijadikan rujukan. Contohnya : menurut penulis blog jaulahsufi.blogspot.com....(x)


1. Medan penyebaran fitnah

2. Buang masa jika tidak digunakan sebaik-baiknya

3. Punca pergaduhan dan permusuhan.

4. Melalaikan sehingga membawa ketagihan dan terlalu obses.

5. Perceraian. Cari statistik perceraian. Cari artikel berkaitan. Terutama akhbar atau jurnal atau buku ilmiah.

6. Maklumat palsu/ penyalahgunaan daripada kata-kata sebenar.

7. Penyalahgunaan identiti / penyamaran/ gangguan dari pihak yang tidak dikenali

8. Jenayah: Rompakan dan kecurian, rogol, lari dari rumahdll

9. Sihir : menggunakan gambar dari facebook.

10. Terdedah kepada jenayah siber

11. Memberi kesan negatif kepada kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

12. Terhakis pergaulan secara realiti.

13. Gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental

14. Melahirkan masyarakat yang beku pemikiran.

15. Prestasi kerja menurun dan terus merosot.

16. Pengaruh unsur pornografi dari Barat.

17. Wujud masalah sosial.

Ini fakta dari respon kawan-kawan dari facebook aku:

"Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates LLC mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu melakukan aktiviti dalam jaringan sosial ini"

Itu sahaja yang dapat aku senaraikan. nanti kembangkan isinya dengan maklumat yang kukuh. Buktikan kesahihan fakta yang diutarakan. Masukkan akibat kepada negara dan generasi akan datang.

http://www.ukm.my/monline/pelajar-dan-laman-sosial.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Facebook_Twitterantarapuncacerai/Article
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Ada yang nak bantu boleh masukkan di ruangan komen.

7 ulasan:

  1. terima kasih atas pandangan anda terhadap laman sosial yang bawa buruk..sebenarnya saya cari tentang isu ini...ur idea help me write the best essay about this topic

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat datang...hanya membantu sekadar yang termampu. Enjoy ur writing yea :)

      Padam
  2. I need some help....huhuhu...kami diberikan assignment mengenai laman sosial sebagai suatu cara meluahkan perasaan...apakah kelamahan nya eh??? harap dapat membantu...tngh kebuntuan ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

      hrp link ini dpt membantu saudara/ri :)

      Padam
  3. need some help .. saya dapat satu tugasan tentang "Gejala laman sosial penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja .apakah? mengapakah? dan bagaimanakah?.. boleh bantu ?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan anda juga salah satu gejala laman sosial. Tugasan itu perlu difikirkan oleh anda sendiri disamping isi yang saya senaraikan. Gerakkan minda anda untuk berfikir bukan mencari di internet sahaja. maaf

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...