---- > Ham , Sam, Yufits dan Kusy
----> Nabi Ibrahim & Nabi Lut
----> Nabi Ishak - Anak Nabi Ibrahim
----> Nabi Ismail ( tiada nabi dari keturunannya kecuali Nabi Muhammad)-Anak Nabi Ibrahim dari Siti Sarah. Beliau diletakkan di tanah kering dan tiada penduduk. Dari hentakan kaki Ismail keluarnya air zam-zam kekal hingga sekarang.
-----> Nabi Yaakub (Anak Nabi Ishak)
----->Nabi Yusuf ( Bani Israel pindah ke Mesir) lkisahnya di SINI
-----> Nabi Musa , nabi Harun & Nabi Yusha' (Fir'aun berusaha membunuh Bani Israel & Musa membawa keluar dari Mesir menuju ke Palestin)
----> Nabi Daud & Nabi Sulaiman (puncak kemegahan Bani Israel)
----->selepas kemangkatan dua raja mereka ini, mereka mulai melanggar hukum-hukum Taurat. Negeri mereka berpecah kepada dua iaitu Yahudi & Afraim
-----> Nabi Uzair ( Dianggap pembangkit Bani Israel kembali)
----->Nabi Isa
----->Nabi Muhammad SAW (keturunan dari Nabi Ismail)
Bani Israel bermaksud anak atau keturunan Nabi Yaakub. Beliau mempunyai 12 orang anak. Akibat perasaan cemburu dan tidak berpuas hati dengan layansn Nabi Yaakub terhadap Yusuf, mereka berpakat menghalau Yusuf. Perancangan mreka berjaya. Mereka meletaakan Yusuf ke dalam telaga dan dua orang musafir datang untuk mengambil air. Alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati pada timba terdapat seorang budak yang elok rupa parasnya.
Setelah Yusuf menjawat jawatan sebagai Menteri Hasil Dalam Negeri Mesir, mereka bertemu Yusuf. Yusuf mengenali saudara-saudaranya. Manakala saudaranya tidak mengenalinya. Yusuf menjemput ibu bapanya datang ke Mesir. 12 saudara lelaki keturunan Yaakub pada awal kedatangannya ke Mesir, mereka dapat hidup dengan baik dan sederhana. Tetapi sesudah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf meninggal dunia, penduduk Mesir membenci mereka. Semakin lama mereka dipandang membahayakan.
Mereka tidak dihalau melainkan mereka menjadi hamba. Mereka disuruh membuat kerja-kerja berat. Mereka ditindas dengan kejam. Antaranya kekejaman pada zaman Fir'aun. Anak-anak lelaki yang baru lahir diperintah bunuh. Nabi Musa terselamat bahkan tinggal dalam Istana Fir'aun. Anak perempuan dibiarkan hidup. Mereka menyangka Bani Israel akan musnah. Apabila perempuan ramai, mereka jadikan wanita-wanita ini sebagai isteri kedua atau hamba. Anak hasil dari hubungan ini akan menjadi bangsa Qibti sebagaimana Fir'aun.
Bani Israel hidup 400 tahun di Mesir. Mereka hidup dalam kehinaan.Allah mengingatkan mereka bahawa mereka bukan berada dalam kehidupan senang sahaja. 400 tahun mereka dalam keadaan hina. Sudah menjadi sunnatullah apabila sesuatu kaum berada dalam kehinaan, mereka akan bangkit kembali. Allah utuskan Nabi Musa dan dibantu oleh Harun. Rujuk surah al-Qasas ayat 5.
Nabi Musa membawa mereka keluar dari bumi Mesir tetapi dihalang Fir'aun dan tenteranya. Laut terbentang dihadapan mereka. Allah bantu dengan membelah lautan dan membawa 12 suku kaum ini ke seberang. Allah menenggelamkan Fir'aun dan para tenteranya apabila mereka berada ditengah lautan. Di depan mata kepala mereka sendiri, mereka melihat Fir'aun dan para tenteranya mati kelemasan.
Apa yang patut lakukan atas pertolongan Allah itu? dari bangsa yang diperhambakan kepada bangsa merdeka? Bukankah patut kamu bersyukur selalu bila mengingatkan hal itu? dan tidak patut kamu menyombong, tinggi diri dan tidak patut kamu bersikap angkuh menerima kedatangan utusan Allah (para Nabi).
Allah membelah laut sebagai mukjizat di zaman Musa. Ini bukan kisah dogeng. Bahkan kejadian ini disaksikan oleh 600 ribu orang Bani Israel. Disaksikan oleh penduduk Mesir yang masih berbaki dari kaum Fir'aun dan menjadi kenangan bagi bangsa-bangsa yang berada sekeliling lautan Qulzum (laut merah). Ada yang mengatakan kejadian ini adalah kejadian semula jadi/ air pasang surut. Sehingga sekarang tidak pernah berlaku kekeringan dipertengahan lautan tersebut dan dapat dilalui sebagaimana Bani Israel zaman Nabi Musa menyeberangi lautan. Bukti ilmiah di SINI
Al-Baqarah ayat 51. Setelah mereka selamat menyeberangi lautan, Allah memanggil Nabi Musa beribadat di lembah Thuwa atas bukit/ gunung Thursina. Selama 40 malam Musa berada di gunung Thursina ini, mereka diminta tunggu dengan sabar dibawah pimpinan Nabi Harun. Apa yang mereka buat sepanjang peninggalan Musa ini? Mereka mengumpul semua perhiasan para wanita dan dileburkan. Mereka membuat patung anak lembu. Mereka sembahnya dan mengatakan inilah Tuhan. Alangkah jahatnya mereka ini. Padahal mereka baru sahaja dibebaskan dari kehinaan di Mesir. Padahal Fir'aun menganggap dirinya Tuhan.
'anak lembu emas sudah tiada. Kesannya masih ada hingga sekarang'
Al-Baqarah ayat 52. Allah beri kemaafan kepada mereka walaupun mereka membuat kesalahan yang besar. Kemaafan ini bukan kerana mereka bangsa istimewa sebagaimana dakwaan mereka. Hal ini tidak lain hanyalah disebabkan kebodohan mereka. Hal ini berlaku sebelum Nabi Musa membawa hukum Taurat. Allah memberi kesempatan kepada mereka untuk memperbaiki diri.
Sepatutnya peringatan yang dibawa oleh Rasulullah menginsafkan mereka. Tetapi mereka sejak awal lagi, telah sombong, keras kepala, bodoh dan merasakan diri mereka istimewa.
Al-Baqarah ayat 53. Setelah 40 hari, Musa membawa Taurat /Al-Furqan (pemisah antara haq dan batil). Peraturan dan perundangan yang disyariatkan kepada mereka sampai disyariatkan puasa, korban dan sebagainya. Hal ini supaya memimpin dan petunjuk yang wajib mereka patuthi sebagaimana Al-Quran yang dipanggil Al-Furqan juga.
bersambung....
SUMBER: Tafsir Al-Azhar Juz 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan