31 Mac 2013

Rezeki.

Teringin nak menulis dalam blog ini. Tapi masa dan teknologi merumitkan penulisanku. Hah! beralasan. Harap-harap kawan-kawan tak bosan baca entri ini. Rasa nak gabung semua cerita. Apakan daya..idea ini sahaja yang terlintas di fikiran ;)

Esok aku akan kembali ke sekolah menjalani rutin harian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Terasa berat. Semua itu akan aku tempuhi dengan pertolongan Allah. RedhaNya aku mampu berdiri di sini.

Semalam aku beranikan diri bertolak selepas Isya' dari rumah ke pantai barat ini. Berbekalkan keyakinan bahawa Allah yang menentukan segalanya, aku gagahkan diri untuk terus memandu membelah kepekatan waktu malam. Ish...tak pekat...sebab bulan masih menerangi bumi ini selepas berlaku fasa bulan purnama 15 Jamadil Awal 1434H. Semalam baru 18 Jamadil Awal. Bulan masih menjelma dalam bentuk yang sungguh indah :)

Apa yang berlaku dalam perjalanan?

Perkara ini belum terjadi kepadaku sepanjang memandu selama ini. Apabila memandu di LPT, aku suka follow kereta yang laju. Laju setakat mana yea? Cukup sekadar aku mengurangkan geseran angin. Kelajuan juga mesti stabil. Bukan laju sangat dan bukan perlahan sangat. Kalau kelajuan yang tidak statik, lebih baik aku pecut meninggalkan kereta itu. Mungkin ada tersalah faham dengan cara aku ini. Ada juga kereta lain yang mengikut keretaku dari belakang tapi tak lama.

Semalam kereta yang aku ikut masuk ke laluan perlahan dan aku masih di laluan laju. Jadi aku mendahului keretanya. Apa yang pelik, sejurus selepas aku memotong keretanya, kereta memberi satu isyarat yang tidak aku fahami. Lampu keretanya dinaikkan beberapa kali. Aku hanya memandang dari cermin sisi. Apa salah aku? Tak pasang lampukah? Tersilap masuk laluankah? Aku perlahankan kereta dan masuk ke laluan perlahan di sebelah kiri. Dia terus masuk ke laluan kanan dan terus memecut. Aik! apa sebenarnya isyarat itu? Aku terus menjauhi kereta itu mengikut gerak hati sahaja. Aku sangat berharap aku tidak bertembung lagi dengan tuan kereta ini.

Aku ternampak isyarat lampu seperti cotar yang bergerak. Aku perlahankan kenderaan. Dalam fikiranku, adakah mereka sedang memperbaiki jalan pada jam 2 pagi? Daripada dua jalan yang lurus kepada satu jalan yang bengkok. Sambil memandu, aku perhatikan kiri dan kanan jalan itu. Innalillah wainna ilaihirajiunnn! Kemalangan di highway yang tidak mempunyai lampu jalan. Gelap. Suluhan lampu keretaku yang menunjukkan satu kereta wira no plat SA **** remuk dibahagian pemandu. Yang menjaga jalan itu adalah pekerja PLUS 3 orang yang kelihatan. Dalam gelap aku tak tahu. huhuhu

Aku terus memandu dalam keadaan hway yang gelap bertemankan lampu kereta, aku nampak kelibat seseorang melambai seolah-olah isyarat perlahan atau awas! Dia lambai dalam gelap. Mana nampak. Yang pasti mataku tertangkap sebuah pajero dan beberapa orang sedang menukar tayar. Dalam gelap. Moga mereka selamat. Aku suka jalan diterangi lampu. Terfikir juga andai kereta tiba-tiba berhenti ditengah jalan dan kereta lain pecut laju. Apa yang akan berlaku. Pasanglah lampu! Duit tol PLUS banyak. Untung banyak tapi keselamatan kurang. Bila nak PRU 13 ni? hihihi

Jumpa polis buat roadblock. Semua kereta myvi diminta ke tepi. Aku dah letih dan mengantuk. Dalam hati mendoakan supaya aku dilepaskan. Keretaku terus bergerak perlahan dan 2 orang polis memberi isyarat berhenti. Di suluhnya mukaku dan memandang penemanku sedang tidur, beliau suruh aku teruskan perjalanan. Alhamdulillah. Allah mengetahui keadaanku dan membantuku.

Jam 5 pagi. Sampai ke destinasi. Mengantuk sangat tapi cuba menahan kantuk sehingga masuk waktu subuh. Tak berjaya. Alhamdulillah dapat menunaikan kewajipan dalam waktunya. Sambung tidur. Inilah aktivitiku selepas mengharungi pemanduan sekitar 7 atau 8 jam. Dari pantai timur ke pantai barat. Dah jadi rutin bila cuti sekolah. Rancangan awal untuk tidur di salah sebuah rumah abangku dibatalkan. Lain kali ye sebab kami memahami bahawa kami berjalan larut malam.

Siang hari sebelum bertolak. Aku dan adikku pergi ke hypermarket untuk membeli barang-barang merangkap menjamu mata. Telefon sony walkman hilang. Seluruh kereta digeledah. Tak jumpa. Masuk ke hypermarket tak jumpa. Beberapa kali aku menefon. Deringan masih kedengaran. Ini petanda bukan ada yang mencuri. Andai itu masih rezeki, pasti telefon itu dapat dikembalikan. Janji Allah pasti benar.

Pulang ke rumah. Menunaikan solat zohor. Doa. Aku cuba telefon. Akhirnya aku mesej.

"Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang menjumpai telefon ini, tolong telefon atau mesej saya. Telefon ini kepunyaan adik. Saya pasti kejujuran tuan/puan akan dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan serta ketenangan oleh Allah. "

Aku cuba telefon. Ada suara perempuan. "Akak...Akak datang ke SABA***. Saya nak pulangkan telefon ini," suara tulus. Aku meminta masa 15 minit untuk sampai ke sana. Alhamdulillah. Telefon itu dapat kembali. Semoga kebaikannya akan dibalas Allah setimpal dengan kejujurannya dan keikhlasannya. Bila diberi hadiah oleh adikku, dia menolak dengan baik. "Saya tolong sahaja," baik budinya dan akhlaknya.

Tersenyum kembali tuan punya telefon.

'ini jenis telefon yang hilang dengan cover putih. siapa tak nak telefon ini?'hehehe

4 ulasan:

  1. alhamdulillah selamat sampai ke destinasi..alhamdulillah juga rezeki msh berpihak pada adik cik sufi..pengalaman di jalan raya memang sukar dijangka.moga dipermudahkan segalanya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalamn ajar kita semakin matang dan terus berhati-hati dgn persekitaran :)

      Padam
  2. betul tu..berhati2 dan sentiasa berdoa supaya dalam lindunganNya selalu

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...