09 April 2013

Kemuliaan Puteri Bongsu.

Wanita ini menjadi penghulu wanita syurga. Apabila wanita ini penghulu wanita syurga, aku tertanya-tanya siapa gerangan wanita ini. Hebatkah beliau? Bagaimana ciri-ciri yang ada pada diri beliau? Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya.

Keperibadian beliau adalah cerminan dari keperibadian ibu bapa, suami, dan orang di sekeliling beliau. Pasti mereka juga mempunyai keperibadian yang unggul.

Wanita ini diberi nama Fatimah Az-zahrah. Fatimah diambil dari kalimah 'fathomaha' dan zahrah bermaksud bunga. 'zahir' biasa nama untuk anak lelaki. Manakala 'zahra' untuk anak perempuan yang membawa maksud gemilang dan memancar cahaya. Tersenyum lebar bagi penama Fatimah Azzahrah. Moga anda mempunyai keperibadian yang sama dengan puteri Rasulullah ini.

"Malaikat datang kepadaku untuk menyampaikan khabar gembira. Malaikat memberitahu bahawa Fatimah adalah wanita yang paling terkemuka di antara semua wanita penghuni syurga dan wanita paling terkemuka dikalangan umatku" (hadis shahih dari Hudzaifah)

5 tahun sebelum kenabian, masyarakat Arab Mekah masih diselubungi zaman jahiliah. Ketika ini Siti Khadijah sedang hamil dalam usia tua. Anak yang bakal lahir adalah perempuan suci yang memperoleh lindungan dan redha Allah dan penerus keturunan Ahli Bait.

Hari Jumaat 20 Jamadil Akhir tahun kelima sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, lahirlah seorang puteri yang paling disayangi. Puteri ini lahir dalam keadaan suci bersih dan suasana yang penuh nikmat. Nabi Muhammad memanjat kesyukuran akan kelahiran puteri yang menjadi penerus keturunan Rasulullah. Peristiwa ini terjadi ketika orang-orang Quraisy sedang giat memperbaiki dan membangunkan kembali Kaabah secara besar-besaran.

Sebagaimana tradisi Arab, semua anak Rasulullah akan diserahkan kepada ibu susuan. Perkara ini tidak terjadi kepada puteri bongsu ini. Isteri Rasulullah, Siti Khadijah bt Khuwailid yang menyusu Siti Fatimah Az-Zahrah ini sepenuhnya.

"Mengapa puteri bongsu Rasulullah diberi nama Fatimah dan di tambah dengan nama azzahra?" kata Muhammad bin Ali bin Abu Thalib.

"Kerana Allah menciptakan Fatimah dari cahaya keagunganNya. Ketika Siti Fatimah bangun dari mihrabnya, wajahnya kelihatan bercahaya seperti bintang kejora menerangi bumi," jawab Abu Abdullah.


Nota: Tak dapat habiskan kisah ini kerana tak sempat habis baca. Aku nak post juga. Jika ada masa aku nak sambung balik. Baca dulu ye ^_^


6 ulasan:

  1. nnt update sambungan ye..fatimah ni cantik sngat dia.bercahaya.

    BalasPadam
  2. Insya Allah bersambung dalam tajuk lain. Kena habiskan dulu bacaan n kena tapis sebab cara penulisan mcm syiah skit...kalau ada kesilapan nanti tegur yea. Bimbang pengaruh penulisan mereka.

    BalasPadam
  3. inshaallah..ada pape bahan bacaan tentang syiah x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xjumpa lg...kl terbaca bleh buat entri baru. Rse dhaif nak ulas pasal syiah sbb sy bukan ahlinya. Kne belajr dulu :)

      Padam
  4. saya cuma nak tahu latar belakang dan sejarah syiah ni. ade klien kaum kerabat syiah ni..emmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tau sedikit pasal syiar andai kita berurusan dengan mereka. Cuba la try google dulu. Mungkin ada sedikit maklumat boleh membantu. I'allah :)

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...