Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).
Seorang bapa kepada seorang pelajar sekolahku, Nur Syamilah bt Al-Hafiz telah pulang menemui Penciptanya. Allah lebih menyayanginya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihinnn...
Takziah buat Syamilah serta keluarga. Moga tabah dan menghadapi kehidupan seterusnya. Al-Fatihah...
Ajal maut ditangan Allah. Tiada siapa boleh menentukan saat kematian. Semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz. Kita sebagai orang yang masih hidup, sentiasa doakan kita mati dalam Husnul Khatimah (akhir yang baik).
Ingatlah Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Jadi cuba lakukan semua perkara yang baik. Halangan tetap banyak kerana syaitan sentiasa membisikkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ya Allah, jauhilah kami dari perbuatan buruk. Masuklah kami ke dalam syurga Mu dengan rahmat-Mu. Aminnn...
'Gambaran kiamat untuk ingatan bersama'
takziah buat keluarga allahyarham..al-fatihah..smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..innalillah..
BalasPadaminnalillah .. smg rohnya dicucuri rahmat ILLAHI sentiasa amiiinn ..
BalasPadamAjal maut ditangan Allah. Tiada siapa boleh menentukan saat kematian. Semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz. Kita sebagai orang yang masih hidup, sentiasa doakan kita mati dalam Husnul Khatimah (akhir yang baik).
Ingatlah Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Jadi cuba lakukan semua perkara yang baik. Halangan tetap banyak kerana syaitan sentiasa membisikkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ya Allah, jauhilah kami dari perbuatan buruk. Masuklah kami ke dalam syurga Mu dengan rahmat-Mu. Aminnn...
Allahumma aaaminnn...sentiasa ingat masa depan kita iaitu syurga :)
Padam