Bila aku susah nak bagi persetujuan, aku hanya diam. Diam. Diam. Begitu juga aku tidak ada idea. Diam lagi. Sampai bila aku nak diam? Adakah aku dah jadi pendiam? Lebih baik diam dari berkata-kata buruk. Susah nak mujahadah ni. Selalu terlepas. Tak dapat dikawal. Aku cuba untuk mengawal kata-kataku.
Hari rabu doktor memberi 'mc' memandangkan aku demam malam, selesema dan batuk-batuk. Suara pun dah berubah. Bila bercakap banyak, lagi perit tekak. Sudah lama aku tidak sakit. Bak kata adikku "kali pertama dengar kakakku demam". Pernah tapi dia tidak tahu. Allah nak hapuskan dosaku melalui sakit ini.
Pertembungan dua program. Satu program ada surat. Satu program lagi tiada surat. Jadi aku akan pilih program yang mempunyai surat. Petang khamis, seseorang dari jabatan telefon dan meminta alasan kenapa aku tidak hadir ke program mukhayyam. Disebabkan aku susah nak cakap dan suarapun dah lain, alasan tidak sihat adalah sesuai. Demam semula. Demam on off.
************
************
Hari jumaat aku meminta pengesahan dari pejabat tentang surat program 3 hari 2 malam tu. Tidak ada. Jadi aku teruskan P & P. Sepanjang suaraku bermasalah ini, banyak aku gunakan bantuan guru penolong bagi setiap kumpulan. Mereka sangat berjaya menjadi guru. Aku perlu percaya kepada kemampuan mereka. Alhamdulillah.
Selepas P & P, tiga miscall. Jadi aku telefon semula. Ustaz minta aku datang petang itu juga. Berat hatiku nak ke sana. Tempat tidak kenal dan keadaan aku yang masih tak kuat untuk memandu seorang diri. Kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Jadi aku pilih untuk ke program pada keesokan harinya.
Selepas kelas, aku teman rakanku ke Melaka. Daripada melayan diri yang sakit, aku gagahkan diri ke Melaka. Aku hanya jadi penumpang. Harapanku supaya aku cepat sembuh. Aku perlu paksa diri untuk ke mana sahaja asalkan bukan aku yang memandu.
Auditorium Masjid Al-Azim. Wahhh! teruja juga aku nak kenal masjid yang mempunyai auditorium. Pasti ini masjid yang paling besar di Bandaraya Melaka. Jika berada di Kota A Famosa, kubahnya dapat dilihat dengan jelas. Sign board yang tertera masjid ini hanya berada apabila sudah hampir ke lokasi. Kami sesat. Bila jumpa signboard Masjid Al-Azim, susah nak baca sebab kecil dan berada disebalik dahan pokok. Akhinya sampai juga ke sana.
Kami pulang juga sesat. Hampir ke Selandar. Tersilap lihat signboard. Patah balik ke jalan asal. Kami cari tempat makan dan kedai kain sekejap serta solat asar. Pukul 8 malam sampai ke rumah. Letih tapi satu pengalaman yang amat bermakna. Tersilap jalan, pulang ke jalan asal.
***********
Aku baru sahaja mengikuti bengkel mendorong pelajar corot. Adakah pelajar aku pelajar corot? Terpulang kepada persepsi masing-masing. Mereka mempunyai banyak kategori. Bila disumbat dalam satu kelas, Bagaimana nak ajar mengikut tahap mereka? Pelbagai cadangan dilontarkan. Pelbagai percubaan sudah aku lakukan. Aku masih lagi tercari-cari cara yang terbaik. Kabur.
Blog tiga guru pengamal 'mendorong pelajar corot mengikut teknik nabi' telah aku ikuti sejak tahun lepas. Hanya beberapa skrip sahaja aku dapat amalkan. Tak banyak tetapi ia memberi kesan yang positif kepada diri aku. Hasilnya aku tidak stres menghadapi karenah pelajar. Aku tidak rasa terbeban bila mereka tidak berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku cuba tidak mengeluarkan kata-kata negatif walaupun sesekali terlepas cakap.
Aku adalah orang yang paling susah memuji seseorang. Apabila belajar memuji mengikut teknik nabi ini, aku dapat rasakan penerimaan orang yang menerima pujian. Mereka tidak merasa bangga diri, bahkan self esteem mereka meningkat. Aku melihat perubahan tingkahlaku mereka ketika sesi P & P aku. Aku akan terus memerhati perubahan mereka. Tahun lepas lagi aku telah amalkan. Pada mulanya agak susah. Aku buat teknik rasulullah dan kadang-kadang aku gunakan amalan lazim. tak konsisten. Insya Allah aku akan cuba lagi beberapa teknik yang telah diberi tunjuk ajar dan skrip perlu sesuai dengan keadaan mereka. Doakan aku mampu melakukannya.
menulis memang seronok,nak2 idea tgh mcurah .. nak2 time tgh sakit kan,heheh .. pepun,amat bagus mendisplinkan diri agar sentiasa positif,benda yg paling susah nak buat,tapi bila usaha utk buat,iAllah kamu xkan pernah mnyesal utk mcube ;) cikmiel...
BalasPadamTerima kasih cikmiel...idea ada terus tulis. Andai tidak ditulis, idea akan terbang entak ke mana ^_^
Padam