"Ayah kemalangan," mimpikah aku? Ya benar. Inilah dialog yang saya dengar dari mimpi.Mimpi jadi kenyataan.
Setelah mendengar pengumuman, aku letakkan bihun goreng. Aku keluar dari dewan makan untuk menuju pondok pengawal.
Berjumpa dengan abang. Setahun lebih tua dariku. Dia datang bersama seorang jiranku. Tiada sepatah ucapanku kepadanya.
Kakiku mengikut langkahnya menuju ke kereta. Fikiranku kosong. Tiada pertanyaan. Melayan perasaan yang memikirkan pelbagai kemungkinan. Tiba-tiba air mata mengalir. Tiada sebab. Semuanya diam. Kaku.
Hospital. Aku dibawa ke hospital dari asrama. Hanya 15 minit perjalanan tapi terasa lama.
Lengang. Tiada apa-apa yang menunjukkan kecemasan. ICU. Mereka tidak sampai lagi. Dalam perjalanan.
"Dua orang meninggal. Bomba mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua mangsa,"
"remuk kereta tu. Kalau hidup tak tau kecederaan mereka. 7 orang dalam satu kereta".
"Mereka dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin di Klang".
Dari cakap-cakap seorang demi seorang aku cuba simpan. Aku cuba buat kaitannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan