2010 adalah tahun Pasport aku telah tamat tempoh. Sejak 2005 - 2007 aku tidak berada di Malaysia. Hampir 3 tahun di sana. Pelbagai suka duka aku lalui bersama teman seperjuangan. Jauh dari keluarga menyebabkan aku dan rakan-rakan menjadi rapat. Sangat rapat. Apa yang berkaitan dengan diri dan rakan-rakan kami kongsi bersama. Cabarannya tetap ada. Entri kali ini bukan untuk mengimbas kenangan lalu. Aku masih mencari kata-kata yang sesuai untuk menceritakan kisah itu.
27 Mei 2013, aku sekali lagi menjejak kaki ke Pejabat Imigresen. Kami berempat. Mencari parking hal merumitkan aku yang tidak mengenal jalan ini. Selesai parking, berhadapan dengan dengan pegawai yang mengatakan gambar pasport kami salah.
Semalam aku baru selesai menyiapkan foto-foto itu dikedai. Kedai yang buat. Aku hanya tunggu hampir setengah jam. Sekali dengan gambar visa. Ketika itu, yang aku tahu foto untuk pasport mempunyai latar belakang biru. Manakala gambar visa lebih besar saiznya dari foto pasport dan berlatar belakang putih.
"Kami nak foto berlatar belakang putih. Latar belakang biru ini kami tak gunakan. Berkuatkuasa semalam," kata pengawai imigresen dibahagian kaunter dan pemberi nombor angka giliran. Menyirap darahku. Sabar! Selepas bersoal jawab tentang ukuran dan warga tudung, kami bergegas turun ke bawah untuk mencari kedai foto yang berdekatan.
Ramainya!
Untung kedai ini. Pagi-pagi dah buka. Kedai melayu. Betullah hadis Rasulullah yang mengatakan keberkatan ada di pagi hari. Matan hadis aku belum jumpa. Kalau jumpa boleh masukkan dan entri kali ini.
CD yang dibeli di kedai foto semalam tertinggal di rumah. Sekali lagi aku berhadapan dengan kamera yang tidak aku sukai. Tudung mesti gelap. Tudung hitam juga aku tak suka pakai. Panas. Tudung kecil macam budak sekolah SMK. Mengomen kerjaku kali ini. Ruang muka luas. Keronsang atau pin tidak ada. Aku cari juga di sekitar tudung yang disediakan. Jumpa! Alhamdulillah...
"Dik, tanggalkan cermin mata," kata 'adik' lelaki juru foto ini. Panggil adik???! Tak kisah la. Asal aku nak panggil dia 'adik'. Bila 'power' mata tinggi sebelah, kepalaku mudah senget. Terpaksa ikut arahan 'adik' dengan mata yang kabur. Ketat juga peraturan imigresen kali ini. Fuh!
Hampir 3 jam menunggu giliran. Ramai betul orang kali ini. Ada yang buat paasport untuk sambung belajar ke luar negara. Ada yang nak melancong dan sebagainya. Ada juga yang terpaksa balik selepas tunggu giliran yang lama. Alasannya sebab ukuran saiz gambar salah. Semalam mak cik ini telah datang ke pejabat imigresen tapi pulang ke rumah dengan alasan salah gambar. Latar belakang mesti putih! Tapi beliau tetap sabar. Bekas guru. 2 tahun dah pencen. Esok pasti beliau datang lagi. Moga Allah permudahkan segala urusannya atas kesabaran menghadapi karenah birokrasi ini.
Kaunter khas untuk warga emas memang cepat. Siap awal. Untuk warga 60-an ke bawah termasuk aku kena tunggu giliran yang panjang. Selepas dapat resit pembayaran pasport 2 tahun RM 100, kami berempat ambil keputusan pulang ke rumah. Resit itu menunjukkan kami perlu tunggu jam 2.50 petang untuk ambil nombor giliran semula untuk mengambil pasport yang telah siap. Kawasan pejabat itu sangat padat dengan orang ramai. Esok kami perlu datang lagi.
Kaunter yang aku dapat dalah kaunter khas. Setelah selesai cop ibu jari, pegawai ini meminta aku menunggu untuk mendapatkan resit bayaran. "Saya tak perlu bayarkah?" tanyaku perasan special. Kaunter khas kan. "Oh, saya lupa," katanya sambil tersenyum. " ingatkan percuma," senyumannya menampakkan gigi. Manis! Aku juga ikut tersenyum sambil menyerahkan bayaran. Adakah ini sebab kelalaiannya menyerahkan dokumen ayahku? Ayahanda lebih awal membuat urusan dariku tapi aku dapat lebih cepat resit bayaran. Tanya...rupa-rupanya dokumen ayahku tertinggal dalam bilik tertentu. Bertanya lebih baik dari menunggu tanpa hasil. Alhamdulillah urusan selesai. Esok datang ambil pasport baru dan tidak boleh diwakilkan.
Ketika aku meninggalkan ruangan, masih ramai yang menunggu sehingga sempit laluan untuk keluar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan