28 Julai 2013

Perancangan Allah.

Rancangan menunaikan umrah bersama ibu bapaku tidak kesampaian. Inilah perancangan Allah yang mempunyai banyak hikmah yang tidak terhitung.

Sejak awal lagi, aku sudah memohon cuti. Cuti tanpa gaji lagi kerana Cuti Rehat Khas (CRK) hanya diluluskan 4 hari sahaja. Surat kelulusan sudah sampai ke tanganku. Vaksin telah dicucuk dan bertahan sehingga 3 tahun. Aku hanya menunggu kelulusan visa masuk ke Arab Saudi.

Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Hanya yang terpilih akan dapat ke sana. Walaupun pada asalnya, aku diberitahu bahawa visa sudah lulus. Mungkin salah maklumat. Rupanya diterima untuk proses mendapat visa. Itu juga berita yang mengembirakan.

Proses membuat passport baru juga ada dugaan. Apatah lagi untuk mendapat visa. Sekarang Kerajaan Arab Saudi dalam proses menaiktaraf kawasan sekeliling Kaabah dan juga memperbesarkan kawasan Masjidil Haram. Jadi tak hairanlah, penerimaan tetamu dihadkan. Ada juga syarikat yang mengendalikan umrah ditutup. Subhanallah. Dugaan.

Harapan tetap harapan. Akan datang, aku akan terus mencuba lagi. Pesanan sahabatku...terus doa, sentiasa sebut labbaikallahummalabbaik...dan sentiasa solat hajat, solat taubat...moga dijemput menjadi tetamunya.
Kali ini 10 malam terakhir Ramadhan bukan di Tanah Suci tapi di tanah kelahiran. Semoga aku akan bertemu Ramadhan akan datang...sedih tinggalkan ramadhan. Moga Allah menerima ibadahku dan ibadah umat muslim seluruhnya.

Paling utama doakan kesejahteraan dan keamanan penduduk Islam Mesir, Syria, Palestin serta selatan Thailand. Semoga Dr Morsi kembali menerajui kepimpinan Mesir di bawah naungan Ikhwanul Muslimin. Inilah harapan Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah. Aminnn :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...