30 Julai 2013

10 Wasiat Hasan Al-Banna.

Wasiat ini adalah secara ringkas dari buku novel sejarah Imam Hasan Al-Banna. Ingatan bersama.

  1. Apabila dengar azan, bangunlah solat walau apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran. Tatapilah buku-buku ilmu. Pergilah ke majlis-majlis ilmu. Amalkan zikrullah. Tidak membuang masa dengan perkara yang tidak membawa faedah.
  3. Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Jauhi pertengkaran dalam semua perkara. Hal ini kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram
  6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang akan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Jangan bercakap dengan nyaring melebihi kadar yang dikehendaki oleh pendengar. Percakapan yang nyaring itu adalah sesuatu yang sia-sia, malah menyakitkan hati orang lain.
  8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan bercakap tentang perkara yang membawa kebajikan.
  9. Berkenalan dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan kita lebih banyak daripada  masa yang ada. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...