Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

15 Oktober 2013

Aidil Adha 1434H

Aku sangat menghargai keprihatinan orang sekeliling. Biar pun aku tiada jawapan. Bukan aku tidak sudi menjawab, tetapi tiada kebaikan bagi menjawab persoalan itu. Apabila menjawab pasti menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Itu realiti yang sentiasa terjadi kepadaku.

Diam. Diam. Diam. Menjawab juga akhirnya. Hal ini berlaku akibat desakan. Kawalan emosi kian mengendur. Aku cuba untuk memahami. Aku cuba bersabar. Aku hanya manusia biasa. Bukan Nabi atau Waliyullah. Bahkan bukan Laksamana Sunan.

Ketika dalam perjalanan ke klia, aku singgah di Petronas untuk solat jama' taqdim maghrib isya'. Terpandang seorang mak cik pakai singlet dan kain telekung solat. Berkemban.

Selesai solat, sempat bercakap dengan mak cik ini. Kata mak cik, " Tunggu masuk solat isya' dulu". Kelihatan dirinya baru sudah mandi dan pakai bedak di muka.

Sentap sekejap bila tahu mak cik ni tinggal di KL. Bawa teksi Eksekutif warna biru. Tunggu solat isya' baru kerja semula atau pulang ke KL. Umur anggaran 50-an. Badan sihat. Jaga solat. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah. Kali ke-2 aku berjaya melaksanakan ibadah korban. Moga Allah menerima segala korban yang dipersembahkan melalui ibadah korban pada 10 Zulhijjah 1434H. Sempat melihat proses penukaran kiswah /kelambu Kaabah. Sedangkan orang Muslim yang melaksanakan ibadah haji berkumpul di Arafah. Tentu mereka terpegun apabila kembali ke Masjidil Haram.

Teringin sangat pergi ke Baitullah. Menjadi tetamuNya. Ibu bapaku sudah DUA kali menunaikan ibadah haji. Walaupun mereka bukan orang senang, Allah tetap menjemput mereka sebagai tetamuNya. Moga aku sempat menjadi tetamu Allah di Baitullah.

Aku cuba ikhlaskan diri dalam melaksanakan sesuatu urusan. Hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang bisikan jahat cuba lebih kuat untuk merosakkan niatku.

Bak kisah dalam buku Magis oleh RAM, Dajal mungkin menggunakan nama Amerika untuk menguasai dunia. Jika dilawan, pasti dimusnahkan. Jika jadi sahabat, pasti ditolong dengan kemewahan diluar jangkaan. Allahu akbar! terasa terlalu jauh persediaanku menghadapi dunia akhir zaman yang penuh dusta. Yang benar dianggap bohong. Yang dusta dianggap benar dan hero.

Ta'jub dengan kekuatan akidah yang ditunjukkan oleh Laksamana Sunan berhadapan dengan syaitan yang bertopeng manusia. Hijab dan firasat yang baik mengatasi segalanya. Solat sunat tahajut, taubat & hajat menghiasi malamnya walaupun sedang bermusafir atau terpenjara. Hanya kekuatan Allah membantunya dalam menempuh dugaan. Tahniah RAM. Menghidupkan watak umpama wali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...