24 Oktober 2013

Hikmah Tersembunyi.

Kembali bertugas. Hari Aidil Adha yang kedua, kereta meluncur laju melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Itulah laluanku untuk pulang ke kampung halaman. Apabila pulang ke kampung, hati berbunga-bunga. Sebaliknya berlaku apabila kembali bertugas. Aku pasti semua orang merasainya.

13 Zulhijjah 1434H, dalam keterpaksaan aku melangkah dari sekolah ke satu program kesedaran pengajaran alaf baru. Frog VLE.

Di sana, baru aku tahu itu adalah kursus profesionalisme pengetua dan guru besar. Aku ni sebagai orang kecil di sana. Kursus pengetua tapi diheretnya guru lain termasuk aku. Hairan bin Ajaib, orang sepatutnya masuk bengkel tidak kelihatan hingga akhir program.

Banyak yang aku belajar di sana. Ini peluang aku belajar secara tak langsung. Terbuka luas. Sayang bagi sesiapa yang ponteng. Jika pelajat ponteng dimarahi, tapi andai diri selalu ponteng apa yang buatnya???!

Guna Cloud. Simpan dalam google drive. Log in dalam www.frogasia.com. Cara guna Chrome Book. Alhamdulillah, aku suka gajet. Jadi aku godek-godek chrome book depanku. Laju. Tak berat. Bila sekolahku nak dapat ict bergerak ini?

Tak cukup pergi kursus ini, aku terus dihujani surat. Sikit tapi cukup memenatkan otak untuk diselesaikan. Dalam kepala masih banyak kerja terbengkalai. Umpama banglo tak siap. Tak sempurna. Berlubang. Kerja Adhoc. Terus fikir positif walaupun ada rasa cuak apabila ada seseorang menyuruh buat kerja lain. Cara pentingkan diri. Mudahkan kerjanya. Tiba-tiba aku jadi baran. Sabarrr...Sobrun jamilll!

Terus ke tugasan seterusnya. Sebelum itu, aku dah telefon ketua aku. Orang sekampung. Teruja. Boleh tambah kenalan. Tambah ilmu.

Pada awalnya aku sesat jalan. Tak tahu jalan ke sekolah hebat ini. Lebih tiga kali pusing. Akhirnya terpaksa guna navigation. Susah nak cam jalan. Tugasan selesai jam 12 tengah hari. Aku ronda-ronda masuk bank islam. Buat pay off. Pergi klinik gigi untuk tampal gigi. Doktor tak jumpa gigi berlubang. Besar lubang jarum. Susah sikit. Jadi cuci gigi sahaja.

Banyak tugasan dan kerja selesai walaupun asalnya berat atau malas nak bertugas. Itu lumrah manusia. Rupanya Allah nak bagi kemudahan. Pernah terfikir untuk ambil cuti rehat khas semata-mata nak jumpa doktor gigi. Cantik perancangan Allah.

Jumaat dan sabtu bertugas lagi. Sebagai fasilitator. Insya Allah dipermudahkan segala urusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...