27 November 2013

Kekeliruan.

Dugaan. Dugaan. Dugaan. Muka semakin serius apabila memikirkan sesuatu yang tiada penyelesaian. Senyap. Senyap mencari jalan. Ya. Itu lah aku. Semua suara disekeliling aku terasa 'kelu'.

Nama pada ic dan surat beranak lain. Bukan nama aku tapi nama ayah. Beliau mahramku. Oleh itu, permohonan visa memerlukan mahram. Bukan pengesahan di mulut tetapi berdokumen. Tertulis nama bapa sama dalam ic dan surat beranak serta ic ayah.

Sudah lama aku sedar nama ayah pada ic aku salah. Aku biarkan. Ketika itu di sekolah menengah. Sijil PMR dah guna nama pada ic. Urusan bank juga sama. Jadi dibiarkan kerana menganggap itu masalah kecil. Rupanya kecil masalah pada mataku tetapi besar masalah ini pada zaman moden.

Terfikir juga 'Adakah aku kena buat ujian DNA?'. Rumit tu. Itu lah penangan tengok filem sains dan fiksyen sangat. Senyuman terbentuk pada wajah. Berangan.

Pihak travel minta ambil pasport dan minta endorsment dari imigresen mengatakan nama dalam ic dan surat beranak adalah orang yang sama. Arahan diterima. Roger.

Berdebar hati ini. Adakah Allah mahu menerima aku sebagai tetamuNya? Adakah aku banyak dosa? Hampir setiap malam aku lakukan solat taubah. Adakah doaku tidak cukup? Semakin banyak aku berfikir.

Aku berkejar ke imigresen. Kaunter 10 tanpa mengambil nombor giliran.  "kami hanya membuat nama seperti dalam passport. Kami tak berhak mengesahkan nama dalam ic dan passport atau ic. Jpn sahaja boleh buat pengesahan ini". Selepas ucapan terima kasih aku terus ke tingkat 2 bahagian pendaftaran di jpn.

"Banyak lagi urusan awak tersangkut jika nama bapa tak sama ni. Surat sumpah tak cukup," wajah kecewa terpapar secara drastik.

"Maaf dik. Pengawai tinggi yang boleh buat pengesahan tiada. Hadiri meeting di Port Dickson," kata pegawai yang mengendalikan kaunter pertanyaan.

" Esok datang awal yea. Kalau urgent sangat bagitau pegawai tu nanti," kata pegawai itu sambil bagi harapan.

Tadi surat pengesahan dapat visa diluluskan untuk ayah dan adik perempuanku. Aku ? Terpaksa buat kerja overtime berurusan dengan pihak tertentu. Tak sampai sebulan lagi. Doakan untukku dijemput Allah ke rumahNya sebagai tetamu yang istimewa. Teringat kisah prof kamil.

Esok.

Aku terlambat datang. Tuan pegawai masuk pejabat 8.30 pagi sekejap. Selepas itu ada 'meeting'. Masa seperti emas. Masa itu seperti pedang. Kalau kamu tak potong dia, dia akan potong kamu. Tepat betul kata pepatah arab ini. Akibatnya, aku terpaksa tunggu hingga pukul 12 tengahari atau tunggu panggilan dari JPN. Nombor 'hatif yadayya' ditinggalkan untuk dihubungi.

Pegawai yang sangat prihatin. Nampak muka aku, beliau dah senyum. Senang ingat wajahku ini? jiwa yang resah kembali bersemangat. Penangan senyum tak perlu kata apa-apa.

Pasal senyum ni, aku pernah disalah anggap. Jadi aku sedikit kedekut dalam bab senyum. Biasa orang lain perlu mulakan. Menyingkap nostalgia tersilap senyum kepada pelanduk dua serupa. Rupanya orang lain. Itu ketika isi minyak kereta di Shell.

Kembali kepada pengesahan nama aku. Sementara menunggu surat di'endos'kan, aku ke tempat adikku belajar. Angkut barang dari asrama. Penuh Myviku. Sempat lagi 'safari' makanan untuk disantap di 'shathii bahri'.

Belum jam 12 mesej dah sampai. Berkejar ke JPN. Memang 'zahmah' kali ni. Parking penuh. Jadi tinggalkan kereta di tepi bersama adik-adikku. "Terima kasih puan". Sepatutnya aku sambung lagi. 'Semoga Allah permudahkan kerja puan kerana mempermudahkan kerja saya'. Ayat itu tak keluar. "Semoga semuanya selamat," itulah kata keramat dari puan pagawai.

Aku teruskan ke Shathii Bahri. Makan. Solat. Ada temujanji dengan klinik jam 2 petang. Rasa sesak. Sesak dengan kenderaan. Hujan lebat. Parking penuh. Allah permudahkan. Parking kosong. Tak sampai setengah jam, semua dah siap. Jumpa doktor gigi. Mandi hujan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...