01 Januari 2014

Khidmat Mobily

Menjejak kaki ke Airport King Abdul Aziz terasa seperti mimpi. Apabila mendarat di Mattar King Abdul Aziz, terus doa semoga Allah sesuaikan keadaan di bumi ini dengan badanku. Kami menaiki penerbangan Air Asia X. Sedikit memenatkan bagi warga emas kerana banyak berjalan dan naik tangga. Itulah yang aku nampak pada air muka terutama ibuku yang ada masalah sakit lutut. Terasa pergeseran antara tulang. Tahan sakit. Berjalan perlahan.

Sebaik sahaja turun dari Air Asia X, kami perlu menaiki bas dan berhadapan dengan pemeriksaan ketat. Ini prosedur biasa bagi mana-mana jemaah umrah. Mahram perlu berada berdekatan dengan orang bawahannya. Selepas scan barang-barang hyang di carrie, pihak travel minta kumpul passport. Aku sedikit cuak apabila diminta serah pasport kepada pak arab ni. Adakah dia pihak Andalusia? Jadi aku positifkan diri. Ada pegawai Andalusia yang bertutur dalam bahasa melayu Indonesia. Beliau minta kami ke tempat bas. Yang menghairankan hanya kami sahaja berada di tempat bas. Rupanya yang lain pergi solat jama' ta'khir dan qasar (solat asar dan zohor digabungkan dan dibuat 2 rakaat 2 salam). Salah faham terjadi, ada yang mengatakan solat maghrib sekali di situ. Jadi perjalanan ke Madinah sedikit terlambat.

Ketika berada di Airport King Abdul Aziz Jeddah ini, ramai tukang sapu menawarkan penjualan simcard. Yang paling glamour simcard Mobily. Ada harga 25 riyal dan 20 riyal kredit disediakan. Ada harga 45 riyal dan 40 riyal kredit. Apabila beli simcard ini, jangan buang kad yang dilekatkan simcard itu. Ini kerana setiap kali 'topup' perlu masukkan ID. Jika tiada ID, nak topup tak boleh, nak transfer pun tak boleh. Ayah dan makcik aku tak dapat nak topup sebab hilang kad itu. Pelbagai nombor aku cuba reka, tapi tak dapat. Apabila aku dah guna simcard ini, aku cuba godek-godek. Langgan What's App sebulan. 20 riyal/month. Ada langkah dia.

Panduan simcard mobily
Check no telefon sendiri taip *222#
Check baki taip *1411#
Godek-godek *1100#
Langgan What's App send 211 to 1100
Topup taip *1400*(no kad)*ID# tekan call

Khidmat wifi ada di bahagian lobi hotel. Aku tinggal di Hotel Mubarak Silver Hot jika di Madinah. Hotel Nada Khalil di Mekah. Sekadar menyebut untuk ingatan aku pada masa akan datang. Terasa nak pergi lagi. Aku mula godek bila aku bercuti. Tak dapat nak pergi masjid, aku godek la. Banyak aktiviti aku berada di masjid.

Ketika di Madinah, aku sentiasa berdua dengan adik perempuanku. Jadi kami banyak minum air zam zam. Jadi kami banyak kalu mengunjungi tandas. Sebelum masuk waktu 2kali kami pergi. Jadi bila tiada wudu', kami banyak melepak di depan pintu masuk masjid. Ketika ini,kelihatan ramai orang beri sedekah kepada orang yang menunggu termasuk kami juga dapat pemberian itu . Ada Al-Quran, roti arab bersama susu masam (zabady). Kadang-kadang jadi lucu sebab kami nak tunggu hampir masuk waktu untuk ambil wudu' baru. Yang diminta tidak diberi, malah kami yang tunggu masuk waktu ini diberi. Makanan diberi kepada kami, tapi kami tak makan. Kami hulurkan kepada orang yang meminta tadi. Kami sangka itu kawan dia sebab berjalan seiring.

Setiap kali masuk masjid baca doa masuk masjid, minum air zam zam sepuasnya, solat sunat tahiyyatul masjid. Di Madinah, ada waktu tahrim. Haram solat ketika waktu tahrim. Di Masjidil Haram tiada waktu tahrim. Jadi setiap masa diisi dengan solat-solat sunat. Jika terasa ada yang tidak kena pada diri atau bersalah kepada seseorang, solat sunat taubat. Moga hati jadi tenang. Banyakkan selawat ketika di Madinah. Apatah lagi di masjidil Nabawi. Ziarah dalaman, kami buat sendiri sahaja kerana ibu dan makcik banyak pengalaman di sini. Masuk Raudhah sangat senang. Waktu nak masuk Raudhah, aku lihat jemaah Malaysia, sangat satuh arahan. Tunggu dan tunggu. Tapi kami tak tunggu. Masuk sekali dengan arab. Dengan mudah kami diizinkan masuk. Berada di belakang tiang. Solat dan berdoa lama. Berjurai-jurai air mata. Minta keampunan dan segala permintaan terlintas difikiran aku sebut. Mana-mana kawan-kawan yang kirim salam aku sebut. Aku sangat terasa Rasulullah menyambut kedatangan kami dengan mesra. Andai aku sempat bertemu Rasulullah dan berada pada zaman Rasulullah.

Aku nak kongsi video payung gergasi di Masjidil Nabawi ditutup. Ketika ini hampir masuk waktu maghrib.


'kubah ini akan bergerak ke tepi dan akan kelihatan langit dan cahaya matahari menerobos masuk ke kawasan dalam masjid'





'gambar dalam kawasan masjidil nabawi kawasan perempuan'

Komunikasi di tanah haram, tiada masalah bagi aku. Mereka banyak bertutur dalam bahasa arab pasar. Ramai dari Mesir. Pengalaman di Mesir, memudahkan komunikasi aku bersama jemaah lain. Tukang sapu yang bertugas, memberi khidmat yang terbaik. Bila ditanya, dijawab dengan baik. Tandas sangat bersih sebab selalu dibersihkan oleh petugas Indonesia. Tak sangka ramai orang Indonesia bermukim di sini.

Cuaca di Madinah paling sejuk 17 'C. Paling panas dalam 25'C. Nak ambil wudu' waktu pagi, sejuk sangat. Selepas wudu' terus kena lap dengan tuala. Dalam beg sentiasa ada 2 botol mineral. Isi air zam-zam dan guna ketika wudu'. Minum air zam zam sahaja di sini. Terasa kenikmatannya. 

Di sini, aku belikan 3 baju fit lengan panjang untuk perempuan dan sodry (baju lelaki yang biasa diletakkan diluar baju kemeja). 3 atau 4 lapis baju dipakai. Paling luar pakai jubah dan telekung solat. Itu dah cukup selesa bagi aku. Aku banyak ikut caraku di Mesir selama hampir 3 tahun di sana. Jadi, tak semua tindakan aku boleh dijadikan panduan. Jika aku berani berjalan seorang diri, orang lain jangan ikut. Aku masih boleh berkomunikasi dengan masyarakat sekitar. Jadi jangan tiru gayaku. Nasihat aku, sentiasa berjalan dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya berdua. Semuanya terserah kepada Allah. Tawakal sangat perlu disini. Mulut perlu dijaga. Kerana mulut badan binasa. Perumpamaan ini perlu digunakan.

p/s: Selamat Tahun Baru Masihi 2014.

2 ulasan:

  1. SEDEKAH2 TAK PAYAH LAH CITER HABIS PAHALA SEDEKAH... EVEN KALAU TERASA RIAK DI DALAM HATI PUN PAHALA BOLEH HILANG... APATAH LAGI JIKA DITULIS.... SIA2 JER TUAN BERSEDEKAH. CUKUP MENCERITAKAN PERJALANAN UMRAH ANDA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan tanpa nama silap faham. Orang yang pergi sana bagi sedekah kepada semua orang yang dujumpai termasuk kami kerana berada di hadapan pintu masuk. Saya tak ceritakan tentang saya bagi sedekah. Memang orang di sana sangat bermurah hati. Saya cuma ceritakan keadaan orang di sana. Tak kira negara mana.

      Itulah pengalaman umrah kami sekeluarga. Untuk diri sendiri baca semula. Jika tuan nak baca silakan. Jika tidak, terpulang kepada penilaian tuan. Harap maklum.

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...