20 Julai 2014

Duri Dalam Empayar Islam.

Assalamualaikum dan selamat mempertingkatkan amalan di fasa terakhir Ramadhan 1435H.

Salam takziah untuk keluarga tragedi MH17.

Pray4Gaza.

Penuh dugaan di bulan Ramadhan. Ketika pesta bola bermaharajalela, Gaza diserang bertubi-tubi. Apa yang pasti umat Islam sedunia adalah penonton sahaja termasuk aku. Begitu lemah kita sekarang ketika berhadapan dengan saudara sendiri disembelih dihadapan mata tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ampunilah kami, Ya Allah. Bantuan dan doa menjadi senjata terakhir dari diriku yang hina ini. Allah...

Semalam, aku baru sahaja dapat menghabiskan bacaan berkaitan zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah. Tokoh yang tersangat baik dihadapan rakyat, rupanya seorang pengkhianat kepada kerajaan Islam. Tokoh ini diberi nama Muhammad Ali. Muhammad Ali merupakan Islam pada nama tetapi bukan pada amalan. Kenapa aku berkata sedemikian?

Kisahnya bermula dengan perjanjian yang dibuat bersama Perancis sebelum Muhammad Ali menjadi Perdana Menteri di Mesir pada tahun 1805M. Pengaruh Perancis membuatkan Muhammad Ali diangkat menjadi PM. Dalam pentadbirannya, terdapat orang Kristian, Yahudi dan sedikit orang Islam. Tentera Mesir juga bercampur dengan bukan Islam.

Sebelum ini, tentera Islam terdiri daripada orang muslim yang kuat pegangan agama. Jika masuk waktu, terus solat berjemaah. Berjaga malam. Sentiasa membaca Al-Quran. Sebaliknya berlaku pada zaman Muhammad Ali di Mesir. Mereka sentiasa dipenuhi dengan arak, penghibur-penghibur wanita dan penzinaan dianggap perkara biasa.

Muhammad Ali merupakan boneka kepada kerajaan Perancis. Perancis melantik Muhammad Ali supaya dapat meneruskan agenda yang telah dirancang ketika menjajah Mesir. Muhamamd Ali mendapat tunjuk ajar dari Perancis. Gerakan Freemason yang dibawa oleh Perancis mencapai matlamat mereka melalui Muhammad Ali. Pemerintahannya dianggap kejam dan bertentangan dengan Islam. Undang-undang Islam ditukar dengan undang-undang Perancis. Britain yang merupakan sekutu Perancis menggunakan Muhammad Ali dengan meletakkan Armada Laut mereka di Iskandariah.

Ketika golongan Salafi atau dipanggil Wahabi menguasai Tanah Haram (Mekah dan Madinah). Berlaku fitnah yang mengatakan penguasa Tanah Haram, Putera Saud menentang Kerajaan Uthmaniah. Kerajaan Uthmaniah meminta Muhammad Ali menangani masalah ini. Muhammad Ali menghantar anaknya, Ibrahim Basha dan berjaya menawan dua  kota ini. Putera Saud ditangkap, diarak sekeliling kota dengan cara pernghinaan dan 3 hari kemudian dibunuh. Kejam!

Ahli Sejarah, Abdul Rahman Al-Jabarati menggambarkan Muhammad Ali

1. Seorang penipu dan pembohong

2. Selalu mengguinakan sumpah palsu.

3. Menggunakan idealogi Mechiavelli (matlamat menghalalkan cara)

4. Kebanyakan penasihat beliau adalah pegawai kanan yang beragama Kristian dan Yahudi.

5. Sifat buruk seperti gila kuasa, kejam, ego dan membelakangkan agama Islam ---> sifat yang diingini oleh gerakan Freemason---> menjadikan Muhammad Ali tokoh yang bakal menghancurkan Islam dan Khilafah Islam dari dalam. Kemudian diikuti tokoh seperti Mustafa Kamal Attartuk.

Apa kaitan Muhammad Ali dan Freemason?

Jika dilihat dari keupayaan Muhammad Ali, amat mustahil bagi diri mencapai kejayaan yang membanggakan menjadi Pemerintah Mesir tanpa bantuan. Muhammad Ali masih muda, tiada pengalaman, tidak tahu sejarah dan budaya Mesir tetapi boleh jadi Pemerintah. Disebalik kejayaannya, ada pihak lain yang membantunya mencapai matlamat. Banyak perkara yang perlu dipersoalkan. Antaranya bagaimana Muhammad Ali dapat membanyar gaji tentera terutama selepas Mamalek di pedalaman menjaya menawan harta penduduk di sana?

1798 gerakan Freemason secara rahsia muncul melalui pegawai-pegawai kempen Perancis dan diberi kebenaran oleh Napoleon. Kleber yang menggantikan Napoleon dan beberapa pegawai Perancis mengasaskan gerakan Freemason di Kaherah menggunakan nama gerakan Isis, Memphis atau cara timur kuno. Tahun 1800 gerakan ini aktif secara rasmi selepas kematian Kleber. Mereka masih bergerak secara rahsia.

Antara Kempen Perancis yang mendokong idealogi Freemason:
"Menyemai budaya tercemar dalam budaya umat Islam Mesir seperti perzinaan, pendedahan aurat, menggalakkan wanita-wanita jalanan melakukan perkara-perkara haram secara terbuka"
Ulama' yang terpengaruh dengan gerakan ini adalan Syeikh Hasan Attar. Pada awalnya, Syeikh Hasan melarikan diri ke pedalaman tetapi kembali ke Kaherah selepas dipelawa oleh Perancis. Syeikh Hasan mengajar Bahasa Arab kepada pihak Perancis. Beliau menguasai ilmu-ilmu pengetahuan mereka. Syair-syair karangan Syeikh Hasan kerapa memuji persahabatan dengan Perancis. Semua ini mendorong beliau mendakwa diriknya sebagai pendokong pembaharuan. Syeikh Hasan semakin akrab dengan Muhammad Ali.

Apakah Freemason?

1. Freemason jambatan yang digunakan oleh Zionis Antarabangsa yang ditubuhkan oleh 9 orang Yahudi. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Yahudi antarabangsa yang menguasai dunia. Sekarang sudah wujud iaitu Israel.

2. Mereka menamakan diri mereka sebagai 'kuasa rahsia'. Mereka mengamalkan KERAHSIAAN, PERJANJIAN dan KESETIAAN yang diambil dari anggota yang menyertai mereka. Ahli mereka ini sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka.

3. Gerakan Freemason ini berjaya merosakkan masyarakat Barat. Mereka berjaya menarik ramai anggota melelaui slogan ' kebebasan, persaudaraan dan persamaan'. Inilah yang berlaku sekarang.

4. Freemason dalah tangan-tangan Yahudi yang melaksanakan rancangan mereka menindas, menghancur, membunuh dan merampas dengan cara berkesan di seluruh dunia.

5. Freemason adalah senjata pemburu yang berada di tangan Yahudi. Senjata ini digunakan untuk menundukkan pemimpin-pemimpin negara, memperdayakan bangsa yang alpa dan rakyat yang jahil.


6. Freemason adalah bahaya yang tersembunyi di sebalik simbol, istilah dan kerambit yang ditusuk oleh Yahudi ke hati bangsa manusia. Mereka mewujudkan musuh dalam bangsa itu sendiri mewujudkan kepincangan di tengah masyarakat manusia.

7. Freemason adalah kala jengking ynag menyengat bisa kepada seluruh manusia semenjak berkurun lama. Mereka berselindung disebalik  slogan 'kebebasan, persaudaraan dan persamaan'

8. Freemason bangsa Yahudi yang mahir dengan komplot dan muslihat sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dalam kisah Bani Israel. Kisah bersama Musa. Bunuh para nabi dan rasul dan banyak lagi. Mereka menyebarkan anti-Tuhan dan menyuburkan budaya perosak dan tidak bermoral.

Demi menjaga kepentingan Freemason, Perancis perlu menyokong Muhammad Ali di Mesir. Pusat-pusat Freemason berkembang pesat di Mesir, Sham dan Turki.

Muhammad Al meneruskan polisi menghantar para pelajar yang masih muda ke Eropah untuk belajar di sana. Tindakan ini amt merbahaya kerana membuka ruang kepada fahaman sekularisme. Fahaman ini masuk dalam bidang pendidikan dan seterusnya masuk dalam kehidupan di Mesir. Anak muda ini menjadi senjata barat apabila kembali ke negara sendiri. Mereka ini alat yang memudahkan Zionis menghancurkan Empayar  Uthmaniah tanpa menggunakan kuasa ketenteraan.

Modul pengajaran yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Freemason Napoleon. Ini diakui oleh ahli sejarah Inggeris, Arnold J Toynbee:
"Muhammad Ali adalah seorang diktator yang mampu mengubah ideologi Napoleon menjadi realiti di Mesir"
SUMBER: Buku Empayar Uthmaniah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...