10 Disember 2014

BMT- Bahasa Melayu Tinggi.

Assalamualaikum. Semoga diri kita semua dalam lindungan Allah.

Mood masih bercuti lagi. Tengok buku terasa bahagia. Aku masih dalam proses membaca satu buku yang aku anggap tersangat jujur. Bentuk diari. Segala yang berlaku ditulis seolah-olah bercerita kepada diari apa yang berlaku setiap hari. masa kejadian juga dicatatkan. Aku jadi kagum sebab aku masih meneruskan pembacaan 'diari'nya. Kadang-kadang aku tertidur di depan televisyen.

Penulisan aku kali ini banyak dipengaruhi oleh 'diari' ini. Memberi semangat untuk aku menulis. Dalam 'diari' ini tercatat tip-tip tertentu bagi seorang penulis. Adakah aku seorang penulis? Ya. Menulis pada blog juga merupakan seorang penulis. Menulis pada buku juga seorang penulis. Oleh kerana itu, hampir semua orang adalah penulis. Adakah andaian aku ini betul?
Tip-tip BMT.

Melatih diri menulis perkataan penuh. Bukan menggunakan bahasa SMS. Aku juga masih mencuba menggunakan BMT atau bahasa standard walaupun aku banyak kekurangan ilmu dalam bab ini. 

Dalam BMT, penggunaan perkataan singkat adalah tidak dibenarkan. Ia perlu digantikan dengan kata standard. 'ni' jadi 'ini'. 'tu' jadi 'itu'. 'je' jadi 'sahaja'.

Contoh ayat tidak menggunakan BMT ' Saya makan nasi je. Korang makan apa pulak?'

Apabila menggunakan BMT ayatnya begini ' Saya makan nasi sahaja. Kamu makan apa pula?'

1. Perkataan 'Apabila'.

Perkataan ini hanya digunakan sebagai 'sendi waktu'.

Contohnya: 'Apabila banjir, mereka berenang'

2. Perkataan 'Kepada'.

Perkataan ini digunakan apabila ia merujuk  maksud 'gerak antara dua titik'. Iaitu derak diari 'tempat' ke 'tempat lain'.

Contohnya: 'Aku cinta kepadamu' dan 'Ingatanku kepadamu'

3. Penggunaan kata basahan atau percakapan harian. 'beri' , ' fikir' , 'di'.

Penggunaan perkataan yang salah ' Siapa bagi awak hadiah?'. 
Perkataan yang betul adalah 'Siapa beri awak hadiah?'

'Saya ingat dia tinggal dekat Manjung' (SALAH)
'Saya fikir dia tinggal di Manjung' (BETUL)

4. Nama timang-timangan adalah tidak dibenarkan. Ia perlu ditulis penuh.

'Nama ayah saya Aim' (SALAH)
'Nama ayah saya Rahim' (BETUL)

5. Penggunaan perkataan 'kerana' dan 'sebab'.

'kerana' digunakan untuk 'alasan' dan 'rasional'

'sebab' pula membawa maksud 'faktor penyebab' an 'punca'

6. Perkataan 'dalam'.

'dalam' digunakan apabila diikuti oleh kata nama 'abstrak'.

'Dalam organisasi' (BETUL)
'Di dalam organisasi' (SALAH)

7. Penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'.

'Dari' digunakan apabila merujuk pada 'tempat', 'benda' dan 'masa'

'Daripada' pula digunakan apabila merujuk pada makna 'asal-usul' dan 'perbandingan',

8. Penggunaan perkataan 'sampai' dan 'sehingga'.

'Sampai' digunakan apabila merujuk kepada maksud 'antara dua titik'.
Contohnya 'Dari Rompin sampai ke Seremban'

'Sehingga' merujuk kepada maksud 'tiba pada satu keadaan'.
Contohnya 'makan hingga kenyang'.

9. Perkataan 'atau' dan 'ataupun'.

'Atau' digunakan bagi merujuk dua perkataan yang 'serupa maknanya'.
Contohnya 'Wanita atau perempuan'.

'Ataupun' merujuk dua perkataan  yang 'lain maknanya'.
Contohnya 'lelaki ataupun perempuan'.

SUMBER: buku Trilogi Mat Despatch. Oleh Bahruddin Bekri. Keluaran PTS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...