12 April 2015

Pulau Seychelles

Tahun ini kali pertama aku mendengar nama pulau ini. Ia terletak dilautan Hindi. Pulau ini adalah antara 106 pulau di Republik Seychelles.

Pulau ini merupakan gugusan beberapa buah pulau seperti Pulau Mahe,  Pulau Praslin,  La Deque dan beratus-ratus pulau kecil. Republik Seychelles juga bekas jajahan Inggeris dan tergolong sebagai negara-negara Komanwel. Republik ini terletak berhampiran negara-negara seperti Pulau Mauritius,  Maldives,  Madagascar dan selatan Benua Afrika seperti Somalia,  Tanzania,  Kenya dan sebagainya. Jarak 8000km jika perjalanan dari Malaysia.

Dalam buku sejarah, Pulau Seychelles disebut dalam beberapa baris ayat sahaja.

20 Julai 1877.
Sultan Abdullah,  Tengku Menteri Ngah Ibrahim,  Laksamana Muhammad Amin,  Syahbandar Uda Maamor,  Aliyah,  Auliyah,  Suvana dan lebih 40 orang Perak yang lain. Mereka ini dibuang ke Pulau Seychelles. Mereka dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British pertama,  J.W.W Birch di Pasir Salak,  Kampung Gajah, Perak pada 2 November 1875.

Antara kesan peninggalan dan bukti masyarakat Melayu Perak pernah tinggak disana adalah kubur Aliyah dan Auliyah. Mereka meninggal dunia akibat demam Malaria.

Sumber: Travelog Seychelles,  Syurga yang Hilang bagi Sultan Abdullah dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Penulis: Talib Samat. Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd tahun 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...