27 November 2015

Belajar Ingat dan Fikir

Semua pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Semua manusia ada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Apabila seseorang pelajar belajar, kebanyakan mereka mempunyai ingatan jangka pendek. Hanya dalam kelas. Antara kata mereka:

"Dalam kelas semalam, saya masih ingat. Hari ini saya dah lupa".

"Semalam saya dah faham, hari ini saya dah konfius."

Dulu Bloom untuk PBS, sekarang Anderson untuk KBAT.

Aras pertama adalah ingat. Ingat kembali. Jika pada aras ini, pelajar tidak dapat ingat, bagaimana mereka nak melangkah ke aras yang lebih tinggi iaitu faham. Bahagian kognitif mengingat, pelajar masih gagal.

Apa perlu dilakukan oleh seorang guru?

Apa pula yang perlu dilaksanakan oleh pelajar?

Nota? Nota bagaimana? Bentuk peta minda? Peta I-think? Buntu.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan adaptasi yang berkesan supaya pelajar dapat fikir dan fikir. Kaji dan terus mengkaji.

Aku pernah menghadiri beberapa kursus berkaitan i-think. Mula diperkenalkan, aku fikir adalah peta i-think ini kbat? Kemudian dalam kursus yang lain, aku fikir bagaimana i-think ini jadi kbat? Dalam kursus yang lain pula, panel mengatakan peta i-think perlu dilukiskan pada papan putih sambil memberi penerangan kepada pelajar. Daripada peta i-think pelajar dapat  fikir perkaitan yang mereka belajar. Dalam kursus lain, i-think itu salah satu tool kbat. Jadi ada cara lain lagi asalkan pelajar mencapai Dimensi Proses Kognitif yang bermula dengan INGAT. Aku jadi pening. Lalu biarkan ia berlalu. Waktu cuti ini, ingatan kembali menerjah ruang fikiran untuk pelajar tahun 2016.

Perancangan, pelaksanaan, penerimaan dan hasil. Masing-masing ada cabaran. Paling teruk pelaksana. Perancang inginkan hasil. Hasil yang positif.Setiap daripada kita mempunyai pendekatan yang berbeza. Ikut kemampuan pelajar iaitu penerima. Paksaan menyeksa kedua-dua pihak iaitu pelaksana dan penerima. Jadi aku tidak akan memaksa diri, tetapi akan cuba semampu yang boleh. Insya Allah.

Sekarang aku minat cara Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam.com, Khalifah Model School (Secondary) KMSS. Aku sangat setuju dengan entri Sistem Pendidikan Mendepani Fitnah Dajjal. Entri ini membuatkan aku berfikir, adakah sistem pendidikan sekarang mampu menjadi kebal dari fitnah Dajjal? Teringat seorang panel dalam satu kursus mengatakan 'sekolah menghasilkan orang bodoh', 'sekolah menghasilkan orang yang 'taat' kepada sistem' dan ' sekolah menghasilkan pekerja kilang'. Ini berdasarkan kata seorang bekas guru dalam beberapa buah bukunya. Aku dah lupa nama buku dan penulisnya. Mungkin aku perlu semak nota kembali.

Masih dalam proses sambungan ...maaf perlu publish terlebih dahulu supaya entri ini dapat mengingatkan apa pernah dicoret caritkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...