Rezeki, ajal maut dan jodoh tiada siapa yang tahu. Ada yang jodoh panjang. Ada jodoh pendek. Ada yang masih mencari walaupun telah dikurnia anak-anak dan seorang isteri. Masing-masing punya citarasa.
32 tahun. Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat Islam dan bbernafas di atas muka bumi ini. Walaupun aku insan yang sentiasa membuat kesilapan, aku masih menghadapkan pengampunan dari Allah dari dosa yang telah aku lakukan sama ada sedar atau tanpa sedar.
Setiap tahun cabaran tetap ada. Sebagai manusia, cabaran itu perlu ditempuhi untuk meneruskan kehidupan yang mungkin pendek atau panjang. Aku masih mencari sahabat di dunia dan di akhirat. Menjadi peneman hingga akhir hayat. Membimbing hingga sama-sama mencapai syurga Allah yang begitu mahal.
Aku maafkan sesiapa sahaja yang bertanya soalan cepu mas ini. Hati ini hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya. Ayah sentiasa ingatkan diri ini. Jika perjalanan kita tanpa mahram, ia tetap berdosa. Jadi sentiasalah minta keampunan dariNya. Aku akui hal ini. Aku sedar ramai yang mengambil berat terhadap diri ini. terima kasih dan doakan diri ini sentiasa dibawah jagaan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan